Wednesday, December 31, 2014

Kau Dah Keluarkan Zakat??

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya ke jalan Allah, maka berilah khabar gembira kepada mereka dengan azab yang pedih, iaitu hari di mana emas dan perak itu dipanaskan di dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, rusuk-rusuk dan punggung-punggung mereka, dan dikatakan kepada mereka: ‘Inilah harta benda yang kamu simpan untuk diri kamu, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu’”. 
(at-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

من آتاه الله مالا فلم يؤد زكاته مثل له ماله يوم القيامة شجاعا أقرع له زبيبتان يطوقه يوم القيامة ثم يأخذ بلهزمتيه ثم يقول: أنا مالك أنا كنزك

“Siapa yang dikurniakan harta oleh Allah namun tidak ditunaikan zakatnya, akan dijadikan harta itu untuknya pada hari kiamat sebagai seekor ular yang licin/botak kepalanya dan mempunyai dua taring. Ular itu akan membelit lehernya, kemudian menggigit kedua rahangnya serta berkata; “Akulah harta kamu. Akulah harta yang kamu simpan”. 
(Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Okey...terasa nak update post malam ni...actually sebab nk overcome stress cikit lepas exam hari ni,, haha..padahal exam nye belum habis lagi..hmm..tapi, pelik kan kenapa tajuk post aku zakat.. Padahal semua orang riuh pasal New Year of 2015!!! Uuuu... Ok2.. Aku post jugak poster tahun baru.. *nah, ambik kau..tapi, x biru sngt
 Actually....(actually sekali lagi)
Aku ter excited sebab dah bijak lagi pandai mengira zakat...hmm..zakat simpanan la..aku budak lagi (masuk tahun baru ni, rasa tua ckit) tp, sebab ada duit yg tajaan (baca: pinjaman) yang orang bagi.. So, aku terfikir la untuk check acc aku..bimbang jugak kalau nisab duit aku tu dh patut bayar zakat...haul, off course la dh lebih (setahun)., aku pun takut dengan azab Allah bagi orang2 yg x bayar zakat ni.. :(

So, aku pm la seseorg (budak ikhtisod a.k.a akauntan) tanya dia pasal zakat2 ni... Okey...aku mengaku yang aku budak sekolah agama,,,yg ambik PQS + PSI..yg dapat result gempak giler bila exam (poyo) Tp, bila dh habis exam..ada duit,,suruh kira zakat pun tak reti nak apply kan semua yang dah belajar... Malunya dengan Allah... 😔😔

Sedikit yang aku boleh share la..
>>first of all, cari bank statement korang (online banking pun ada)
Haul/ Tempoh: setahun
Nisab/Kadar yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk 2014: RM 11465.00
(aku bayar zakat untuk 2014 punya la..sebab dah masuk 2015)
--> mesti korang akan tnya total tu nak tengok kat mana..kan?? Mengaku je la.. Jumlah tu ialah jumlah paling rendah dalam acc start daripada duit dalam acc melebihi haul..kalau x faham jugak, pm aku la.. Tapi kalau korang ada banyak acc, tambahkan semua duit dalam semua acc tu..start daripada duit2 yg ditambah melebihi nisab itulah yg diambil kira..
Daripada total haul tu, total yang kena bayar ialah 2.5% (ckit je kan compare duit korang yg melimpah tu)

e.g: start bulan 8/2013 korang ada duit melebihi nisab yg ditetapkan..so, tngok bank statement korang  daripada 8/2013-8/2014.. Cari the lowest amount within the duration..kalau still higher than nisab, maksudnya korang perlu bayar zakat..kalau x, xperlu lah...kalau perlu, ambil calculator...kira 2.5% daripada the lowest amount tadi..

Then....BAYAR LA...

Insya-Allah...banyak kelebihan zakat ni..(yg aku mampu list sendiri ini)
1. Terhindar daripada azab Allah SWT
2. Membersihkan harta
3.Menyucikan jiwa si pembayar 
4. Dapat menolong orang2 yang tidak mampu (asnaf zakat)

Note:
ASNAF ZAKAT
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil (orang yg dilantik utk menyelenggara zakat)
4. Muallaf 
5. Riqab (hamba yg ingin memerdekan dirinya)
6. Fisabilillah (dijalan Allah)
7. Gharimin (orang yg berhutang yg keperluan asasi)
8. Ibn Sabil ( orang yg diperjalanan tetapi tiada perbelanjaan)

*zakat bukan isu yg boleh diambil remeh..kerana salah satu daripada rukun Islam

Monday, December 22, 2014

So Real Lyrics

by: Raef feat. Maher Zain

They say that love never lasts
That love never lives to see another day
But what I know deep down inside
It’s what I feel and it’s so real
I gave it up all for You
And there ain’t nothing that I won’t do
All I know deep down inside
It’s what I feel and it’s so real with You!

Chorus:
Allah, everyday I’ll try to be as true as I can to You
‘Cause loving You the best I can


Will always be my number one and only plan
Yes everyday I’ll try to be as true as I can to You
‘Cause loving You the best I can
Will always be my number one and only plan

They say: “You’re out of your mind”
“Don’t you know that love fades away?”
They say: “It only brings you pain!”
But what I feel is so real!
I gave it up and turned to You
‘Cause I know what your love can do
O Allah open up our hearts
And make us feel how it’s so real with You!

CHORUS

Wednesday, December 17, 2014

Nak demam ke??

*cerita semalam
Akak naqibah cakap usrah akan start pukul 5.30 p.m (lepas maghrib). So, pukul 5.10, aku dah keluar dari gate rumah (rumah sewa je).. Berjalan sorang2 di malam hari tak la seram sangat macam yang aku imagine sebelum ni..mungkin sebab dah lama duk sini..(bajet berani)..haha...
Sambil berjalan, tengok jam..dah 5.20 p.m.. aku pun percepatkan langkah..bimbang terlewat.. 4 minit kemudian aku sampai dekat masjid..letih n sedikit tercungap-cungap..aku pun menyandar di dinding..Badan terasa panas..muka terasa membahang..(winter kot sekarang) lat luar tadi sejuk jugak, tapi bila berjalan laju2, dh tak terasa sangat..
badan makin panas..

"nak demam ke aku ni?"

*maklum la aku ni demam hanya 5-7 tahun sekali..Alhamdulillah
Bimbang jugak kalau demam,,demam aku ni biasanya teruk,,2 hari jugak tak boleh bangun..dah la seminggu lagi dah nak final exam...tapi, 2 tahun lepaskan dah demam.. pelik

Sebab panas sangat, aku ingat nak pergi tempat lain atau baring atau bla3..tiba2 pandang ke belakang..cehh..rupa2nya aku menyandar pada sobah (heater untuk winter)..patut la satu badan panas -_-"

Friday, December 12, 2014

Aku Seorang Penuntut Ilmu, Akan Tetapi...


Aku solat, Kau solat, Dia solat


"Kecelakaan bagi orang yang solat. Yang lalai dari solat mereka"
{al-Ma'un: 4-5}

Aku solat, Kau solat, Dia solat...tetapi hakikatnya solat kita tak sama walaupun nampak serupa. Aku ruku', Kau ruku', Dia juga ruku'. Aku sujud, Kau sujud, Dia juga sujud.

Kita  bersembahyang, tetapi kita tidak mendirikan sembahyang. Segala gerak geri dan rukun2 solat dilakukan dan tampak sempurna. Perfect!!.. tetapi hati kita tidak menghayati bacaan2 itu dan tidak hidup dengannya. Jiwa kita tidak menghadirkan hakikat sembahyang yang sebenar. Yang dituntut oleh Allah itu ialah mendirikan solat, bukan melakukan gerak geri solat semata-mata.

"Dia solat, tapi berbohong"
"Dia solat, tapi derhaka pada ibubapa"

Kenapa?? Bagaimana semua ini boleh berlaku??
Sedangkan solat itu mencegah manusia daripada perbuatan keji dan mungkar..

Tenang, Tarik nafas, Buka minda, Fikir
"bagaimana solat aku??"
"apakah sudah sempurna solat aku?"
"apakah aku terus menyahut, tak kala Allah memanggil?"
"apakah solat aku meninggalkan kesan dalam hati aku ini"

Sedangkan kita tahu, solat the first thing yang Allah akan menyoal di hari penentuan nanti, tetapi diri ini masih sama..Semoga solat menjadi penolong kita diakhirat, bukan yang akan menyalahkan kita.

yang menulis ini juga belum sempurna solatnya,
yang menulis ini kadang2 masih juga melakukan perkara yang dilarang,
yang menulis ini juga masih lambat menyahut panggilan Allah...

Aku, Kau dan Dia
tetapkan azam, nyalakan tekad
ALLAHU AKBAR!!


Thursday, December 11, 2014

Tawakkal

Disaat hati berkata ingin, Allah berkata tunggu.
Disaat kita merancang, Allah juga merancang,
Tetapi perancangan Allah lebih baik.

"tawakkal itu jasad penat, hati tenang"


Sesulit mana pun jalannya,
Sesukar mana pun masalahnya,
Sesusah mana pun rintangannya...

Put your trust in Allah

Pray, not only because you need something, but because you have a lot to be thankful for...

Wednesday, December 10, 2014

"Berdoalah, nescaya Aku akan perkenankan"


Jangan pernah berhenti untuk meminta daripada Allah... Dikala senang atau susah...
Dikala result exam tinggi atau rendah... Dikala kaya atau miskin... Dikala keseorangan atau tengah2 orang ramai...
Berdoa akan membuatkan aku dan kau sedar yang kita hanya hamba n memerlukan tempat bergantung...Allah selalu ada



Gambar doa tu, salah satu doa yang aku amalkan... Selepas solat n before nak study.. Semoga Allah menguatkan ingatan aku... (Xnampak jelas doa tu, bleh pm..haha)

Sedikit sharing.....😃😃😃

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: 
“Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. 
Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. 
Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. 
Keempat, menghampirkan diri kepada Allah beribadat/zikirullah) di sepertiga malam dan, 
Kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.