Tuesday, January 27, 2015

United Kingdom

Alhamdulillah...selesai exam hari ini.. selepas tangguh beberapa kali.. cuba bayangkan aku pergi travel 15-24hb, 25hb terus exam..27hb pun ada satu lagi paper..aku dah rasa macam separuh mati..keluar hall, terus rasa macam diawan-awangan..sob3...tak pe lah, aku dah usaha yang termampu..tengah travel pun aku lawan malas untuk study..waaa, kurang mood travel.. kali ini, aku travel ber2 je..berbeza dengan tahun lepas..memang survive habis ah kitaorang,,hakhak,, best jugak..banyak pengalaman baru aku dapat.. 1hb dah start sem baru..haru biru jugak cuti sem aku kali ni.. tak nak ah citer panjang2, malas nak menaip plus aku memang tak reti nak mengarang.. 
*sepanjang di UK aku pergi London, Nottingham, Manchester, Liverpool, glencoe, Wales, Cardiff 

Etihad stadium 


nota hati:
Sejauh mana pun kita travel, sehebat mana pun plan kita untuk travel...masa travel, kita tak boleh lari daripada masalah..memang masalah akan tetap berlaku..di situ, Allah sedang menguji kita.. toughkan hati, toughkan iman..insya-Allah, Allah bersama-sama kita
~Bertebaranlah kamu atas muka bumi ni..maka kamu akan mendapati betapa besar nikmat dan kekuasaan ILLAHI RABBI~

Turkey

Actually, ni citer tahun lepas lagi..haha...summer.. best la..1st time aku g travel..haha..dengan kengkawan yang macam2 perangai..maklum la 13 orang..malas ah nk citer..kalau rajin, lain kali aku edit balik post ni n kasi esei yang panjang..2 hari 2 malam belum tentu habis

 masjid biru~

pamukkale~

banyak lagi tempat aku pergi, tapi banyak gambar yang ada muka aku yang terlebih 'cantik' ni, so..tak nak ah upload..hakhak

Saturday, January 10, 2015

Sejukk..tarik hirom!!!

"What?? Exam postpone lagi??... ahhh.." Dah 2x kot exam postpone..last2 postpone ke sem depan.. nak berholiday pun tak tenang..Ramai sahabat yang dah plan untuk balik Malaysia, pergi travel, terpaksa buat decision sukar.. Antara tukar ticket, teruskan plan asal, ambik make up exam, biarkan ticket burn etc..

"Bersabarlah duhai hati, sesungguhnya perancangan Allah itu cantik sekali.."

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak."
 (al-Baqarah: 216)

Tenangkan diri dan renungkan..
kadang2 Allah memberi tanpa kita sempat menandah tangan..
sedangkan ramai orang2 diluar sana yang kurang berkemampuan mati kesejukan,,sedangkan aku disini punya hirom (selimut winter), punya sobah (heater), punya tempat perlindungan, punya segalanya yang hampir lengkap..
tetapi aku masih lagi malas, bersenang lenang..merungut apabila sesuatu yang dirancang tak menjadi.. entah lah..



Sepatutnya, winter membuatkan kita semakin dekat pada Allah.. berpeluang memperbanyakkan amalan seperti berpuasa dan qiammullail kerana siang pendek, malam yang panjang..
"pahitnya perjuangan kerana manisnya syurga"

Info:
Ribut salji kali pertama berlaku di negara2 middle east ini dikenali sebagai "عاصفة هدئ" atau 'ribut salji huda' kerana berlaku dalam bulan yang mulia, iaitu bulan kelahiran Rasulullah SAW..

-tarik nafas, tarik buku, ambil pen....STUDY...doakan plan cuti aku berjalan lancar..Insya-Allah..Rabbi Yassir


Saturday, January 3, 2015

Anak Patung dan ‘Teddy Bear’

Post kali ini, aku copy paste dari satu blog.. Selepas aku baca blog2 yang lain..
Mungkin sebab ini parents aku daripada kecik tak pernah belikan kami patung or teddy bear.. Pernah belikan transformers macam kereta, lori, bas --> robot

Para ulama berbeza pandangan mengenai perkara ini. Ini kerana, merujuk sejarah, pada zaman Nabi Sulaiman a.s. dibenarkan kegiatan membuat dan memiliki patung, tetapi pada zaman nabi-nabi lain aitu sebelum dan selepas beliau, patung adalah diharamkan termasuk pada zaman Nabi Nuh a.s. dan pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Manakala pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. pula diharamkan patung untuk disembah dan dipuja, tetapi diharuskan patung mainan untuk anak-anak.
Para ulama terkenal masakini yang berbeza pandangan mengenai patung ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Syeikh Atia Saqr dan Dr. Mohammad Amarah.
Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam “Fatawa Muasirah” berkata Islam mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu. Menurut beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan bahawa isteri
baginda yang masih kecil, Aisyah cenderung dan suka bermain patung.
Syeikh Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai pendapat yang sama dengan al-Qaradawi. Beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung mainan anak-anak dan
berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau bahan-bahan lembut spt plastesin dll).
Syeikh Atia Saqr dalam fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat rosak dan patung separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki orang Islam,
tetapi hukumnya adalah makruh. (Kepala merupakan anggota penting bagi tubuh. Manakala kaki tidak penting, kerana manusia masih mampu hidup tanpanya).
Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. (untuk mencacatkannya). Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan gedung-gedung pakaian.
Dr. Amarah dalam fatwanya berkata, hukum syarak tentang hak pemilikan patung adalah merujuk kepada al-Quran. Pertama, patung dianggap termasuk daripada nikmat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman. Patung pada zaman Nabi Sulaiman tidak disembah dan tidak dianggap berbahaya terhadap akidah tauhid.
Allah berfirman: Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba’34: 12-13)
Kedua, patung yang dianggap berhala yang disembah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan zaman nabi-nabi lain. Pada zaman-zaman ini patung dimusnahkan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu kata Dr. Amarah, hukum mengenai patung adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Apakah ia merupakan hiasan yang termasuk daripada nikmat Allah ataupun ia merupakan sembahan seperti berhala?
Menurut Dr. Amarah, seorang ulama dari Mazhab Maliki, Imam Ahmad Idris al-Qarafi, merupakan seorang yang pandai mengukir patung untuk kegunaan raja. Beliau mencipta patung yang menggunakan teknik pembakaran lilin bertujuan untuk mengejutkan raja ketika azan subuh.
Secara dasarnya, ulama bersepakat bahawa patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.
Kalau macam daripada patung itu tidak dimaksudkan untuk diagung-agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada suatu unsur larangan di atas, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa. Misalnya permainan anak-anak berupa pengantin-pengantinan, kucing-kucingan, dan binatang-binatang lainnya. Patung-patung ini semua hanya sekedar pelukisan untuk permainan dan menghibur anak-anak.
Oleh karena itu kata Aisyah:
“Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (boneka perempuan) di sisi Rasulullah s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut karena takut kepada Rasulullah s.a.w., tetapi Rasulullah s.a.w. malah senang dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan dalam salah satu riwayat diterangkan:
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada Aisyah: Apa ini? Jawab Aisyah: Ini anak-anak perempuanku (boneka perempuanku); kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? Jawab Aisyah: Kuda. Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? Jawab Aisyah: Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah: Belumkah engkau mendengar, bahwa Sulaiman bin Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya.” (Riwayat Abu Daud)

*tapi, aku pernah beli 3x before ni...hadiahkan pada orang...rasa bersalah masih terasa..sepatutnya aku bagi benda yang lebih bermanfaat:(

Ya Rasulullah


Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "siapakah yg paling luar biasa imannya?"
Para sahabat menjawab, "malaikat,ya Rasulullah."
Balas Rasulullah, "sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."
Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, "para nabi, ya Rasulullah."
Rasulullah berkata, "para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."
Para sahabat mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang paling beriman."
Jawab Rasulullah, "aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."
Lalu, salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui."
Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."
Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "sesungguhnya, aku rindukan mereka...

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

SALAM MAULIDUR RASUL 1437H