Dah lama tak menconteng dinding blog ini.. Alhamdulillah..hari ini aku luangkan sedikit masa untuk menulis. Hari-hari lain, bukan tak sempat, tiada idea sebenarnya..haha.. Aku dapat idea ni lepas berbual2 dengan best friend aku di Malaysia..
Sedih sebenarnya bila best friend aku ceritakan tentang housemate dia ni.. Alhamdulillah, semua housemate aku menunaikan kewajipan solat ini..kadang2, diorang yang kejutkan aku untuk solat.. Alhamdulillah..
Macam2 jugak idea yang aku bagi pada best friend aku tu, tapi bila difikirkan semula, andai aku berada dalam situasi tersebut, apakah aku akan melakukan usaha yang sama.. Berusaha membimbing sahabat ke jalan yang betul. Sangat beruntung sebenarnya housemate dia tu, masih ada orang yang sudi take care tentang solat dia..
"Dia rilek je tak solat.. Macam rasa tak bersalah "
"Memang betul"
Aku jawab dengan yakin, kerana aku tahu, sebenarnya Fitrah seseorang itu, tak suka pada keburukan atau kemaksiatan. Cuba kita muhasabah sebentar. First time buat salah, semua orang rasa takut. Berpeluh satu badan. Tetapi, apabila sudah kerap dilakukan, perasaan tersebut hilang sendiri tanpa kita sedar. Bersyukurlah andai hati kita masih gelisah disaat kita melakukan maksiat. Itu tanda hati kita belum mati, masih ada bunga2 iman yang mekar dalam diri.
Nota hati:
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasingkan itu.” (HR. Muslim no. 208)