Sunday, October 11, 2015

"Aku takut la"


"Don't study with a fear of failing, study with the HOPE of succeeding"


Aku tak nafikan, makin lama makin aku sedar yang aku belajar sebab takut. Takut dengan kegagalan, takut dengan kekecewaan, takut dengan orang2 sekeliling. Semua tu kadang2 terasa macam menghantui aku. Hmm... 
Setiap kali aku called mama dan papa, aku sangat perlukan semangat. Semangat untuk meneruskan segala-galanya. Aku juga perlukan doa mereka. Aku mesti ingatkan mereka untuk doakan aku. Walaupun aku sedar yang mereka tak pernah berhenti untuk selalu doakan aku, tapi aku tetap ingatkan mereka. Hehehe... 
Kadang2 tengok buku pun rasa cuak. Ye la, buku bertimbun2. Kalau susun elok2, mungkin dah capai tinggi semeter buku2 tu. Hyperbola. 
Pernah sekali aku tidur rumah kawan, masa study week. Aku mengadu la pasal takut tak bertempat aku ni pada kawan aku tu. Dia bagi aku satu video, video Dr Muhaya. Memang talk tu pasal 'takut'. Takut pada macam2 benda. Aku dah tak ingat sangat semua point dalam video tu, tapi aku paling ingat Dr Muhaya pesan kalau kita letakkan Allah pada segala hal, InsyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Sebab dah tak ada benda yang kita perlu takut selain Allah. Kalau nak exam sekali pun, usaha sungguh2, letak kebergantungan pada Allah. Semua OK.

Aku selalu jugak selalu rasa insecure dengan orang lain.
 "Dah la cantik, bijak pulak tu, baik lagi, kaya jugak....bla3" 
Itu memang perangai aku. Hmm.. Nampak sangat tak pandai bersyukur. Alahai.. Sebab tu aku kena muhasabah sorang2 selalu. Jangan tengok orang yang lebih je, kena pandang jugak orang yang tak ada apa2 berbanding aku. Walaupun aku tak cantik, aku ada family yang bahagia. Walaupun aku tak bijak, aku ada tubuh yang sihat untuk berusaha lagi. Walaupun aku tak kaya,  Allah telah banyak permudahkan urusan aku. Walaupun aku yang solehah macam orang lain, aku masih ada peluang untuk jadi baik jugak. (Semoga hidayah Allah terus mengalir dalam diri aku)

*Lama jugak tak update,,, seronok jugak update kat sini. Takkan nak update panjang kat fb. Bikin malu je,,hakhak*

Nota hati:
Enjoy everything you do,
Love everything you create,
Put your trust in Allah too,
Everything's going to be great.