Semalam sangat letih. Ada program 2 hari. Tidur pun awal daripada biasa. Bangun pagi baru tengok WhatsApp. Banyak jugak notifications, tapi macam biasa group family mesti paling banyak. Tiba-tiba ternampak satu notification daripada sahabat sekolah.
"Assalamualaikum. Nak mintak tolong sikit. Nasihat dan cara nak hilangkan seseorang daripada hati. Dah 2 tahun, still tak boleh move on. Lebih- lebih lagi sekarang jadi classmate"
Dushhh.... Sentap dan termenung sekejap (lama jugak sebenarnya)
Perahkan otak, fikir dalam dalam. Memang tak ada idea langsung masa tu. So, aku memang tak reply lagi. After selesai bersiap nak gi jamiah, ada 10 minit lagi, aku cuba reply.
Bismillahirrahmanirrahim
"Waalaikummussalam...alahai soalan... Susah jugak tu.. Saya pun taktau nak cakap ape.. Kalau berlaku dalam saya sekarang, busy kan diri sendiri n tekad kan dalam diri malas nak fikir pasal semua ni.. Ye la, smua kawan2 sekarang dah ada crush, boyfriend... Ada yang dah kahwin.. Saya sedar yang saya belum bersedia untuk semua ni.. Tapi ingat, perasaan cam tu fitrah. Dgn syarat kena manage betul2.. Bimbang jadi fitnah or zina hati.. Banyakkan solat taubat n doa andai saat kita terlalu asyik sayangkan dia, kita terlupa akan sayangkan Dia... InsyaAllah kheir.
Sorry la... Saya pun tak reti nak bagi nasihat.. Kadang2, diri sendiri pun susah nak jaga hati.. Ye la kan, hati perempuan.. Doa la supaya Allah tetapkan hati n jauhkan dari perkara2 yang tak sepatutnya.."
Memang nampak biasa je kan jawapan tu? tapi untuk aku memang kena perahkan otak jugak. Dulu zaman sekolah, dialah sahabat yang selalu tadahkan telinga untuk aku bila aku ada masalah. Sekarang dia pula ada masalah. InsyaAllah, aku akan tolong walaupun sikit.
Tapi, balik jamiah tadi aku pulak terfikir, mungkin Allah gerakkan hati dia untuk tanya aku soalan cam tu sebab Allah mahu aku sendiri jaga hati. Alhamdulillah, sejak masuk university, Allah tak uji aku dengan masalah2 cam tu. Aku pun malas nak layan. Walaupun kadang2 ternampak yang handsome2 tu, cepat2 istighfar.. Hehe.. Gurau je.
Nota hati:
Tegas akan diri sendiri, buang pikiran negatif dan lakukan yang baik. Kegelisahan hanya milik mereka yang putus asa.