Tuesday, February 16, 2016

Donuts

It's great!!! 

What?

Aku buat donuts!!!
One word: Alhamdulillah 
Bersyukur sebab dapat fight rasa malas. Resepi? Of course la nak share kat sini 



Bahan-bahan:
2 sudu besar susu tepung 
1 paket yeast (10g)
3-4 cawan tepung
1 biji telur 
1 cawan air suam
6 sudu gula
2 sudu besar butter 
Gula halus (blend)

Cara-cara:
Campur yeast, gula, susu and air suam. Tunggu yeast berbuih selama 10 minit. *air kena suam, kalau sejuk yeast tak hidup, kalau panas sangat mati --"
Sambil tunggu yeast, cairkan butter.
After 10 minutes, campur semua bahan2. Tepung tu, letak sikit2. Letak tepung and uli dough sampai tak melekat pada tangan or melekat sikit2 je.
Tutup bekas dough and tunggu selama sejam. Tunggu dough kembang. Seronok sangat tengok >_<
After that, boleh la bentuk2 kan dough tu. Mula2 memang buat bentuk donut, lama2 letih so aku buat bulat2 je.. Hahaha 
Goreng and gaul dengan gula halus 

Friday, February 5, 2016

Ardu Kinanah

Alhamdulillah... Letih, tapi seronok sangat. Banyak ibrah yang dapat. Mana tak banyaknya, travel ke bumi yang digelar ardu kinanah. Kinanah tu maksudnya busur panah. Terlalu banyak cerita tersembunyi di tanah gersang itu. Mungkin tak semua yang dapat aku bongkarkan sepanjang 8 hari disana, namun itulah yang aku mampu. 
Bila travel ke sana, terbayang2 pulak movie ayat2 cinta, ketika cinta bertasbih, warkah cinta. Hahaha... Gatal betul. (Sedih jugak tak menyempat cari mas fahri seorang :p)

Daripada cerita zaman firaun dan piramid, kisah salahuddin al-ayubi, imam syafie sehingga kisah morsi. Amazing. Memang tempoh seminggu tu tak cukup, sebab cuti memang sekejap. Tempat yang sempat aku and travelmates sempat pergi ialah Cairo, Alexandria, Tanta, Dahab, Nuweiba dan Sharm el-Sheikh. Bajet yang kami habiskan lebih kurang 500jd (rm3000) termasuk ticket flight (bukan ticket from Malaysia la)



Di Alex selama 2 hari, ex-schoolmates yang jadi tour guides kami. So, memang jimat. Berhabis untuk entrances dan shopping tudung2 je. Btw, kalau nak shopping tudung di Egypt, tempatnya ialah di Alex. First, kami pergi Bibliotheca Alexandria, a big library (2le). Sempat tengok sunset di Montazah (12le), cantik sangat sebab tepi laut. Kami pergi jugak makam2. Banyak jugak, termasuk makam Nabi Daniel, Lukman Hakim, 15 wali, ulama'2 besar pun ramai. Alhamdulillah. Pesanan aku, kalau pergi ke makam orang2 alim ni, ambil la jugak peluang untuk berdoa semoga kita termasuk dalam golongan2 seperti mereka yang Allah bukakan hati untuk mendalami ilmu2 Allah yang sangat banyak. Kami lawat jugak Citadel of Qaitbay (15le) and naik bot kat sana. Nak pecah perut jugak aku makan seafood kat Alex ni. Yummy...



Di Cairo 2 hari jugak, after balik dari Alex. Alhamdulillah, mungkin rezeki kami untuk jumpa seorang ustaz yang luas pengetahuannya, ustaz Zahari. Beliau yang bawa kami round Cairo untuk first day. Terlalu banyak ilmu yang beliau shared dengan kami. Terima kasih ustaz :D Beliau bawa kami ke makam imam syafie dan kongsi kisah2nya, Giza pyramids(40le) dan shared kisah musa serta firaun, ke tempat buat kertas daripada pokok papyrus, kilang perfumes 100% original (sempat jugak beli perfume untuk mama), pergi ke Citadel of Salahuddin (30le). Masjid2 pun banyak, masjid Ali basyhar (sebijik cam masjid kat turki), masjid 4mazhab, masjid Hussein dan banyak lagi. Malam, kami shopping di pasar khan khalili a.k.a pasar husin. Second day, kami jalan2 dengan ustaz lain pulak. Kami pergi madrad kutub (book fair), sempat la memborong 4 buah buku yang hampir 10 kg. Huhu, berat sangat. Jalan2 di Al-Azhar park (10le), pergi makam Zainab cucu Rasulullah. 
Ustaz cakap, mesir ni ada lebih kurang 90 juta rakyat, lebih 1 juta adalah tentera tak termasuk polis lagi. Mana2 je ada tentera. Pemimpin mesir daripada zaman firaun hingga Hosni Mubarak memang tentera, so Morsi adalah presiden awam pertama.  Sebab tu, andai pemerintahan mesir berubah, pemerintahan negara2 Middle East pun akan turut berubah kerana tentera ramai. Pelancong tak putus2 datang, bayangkan Giza pyramids tu tak pernah tutup, setiap hari akan dibuka. Memang betul, aku pergi mesir, penduduk memang crowded sangat2. Pening kepala nak brain situasi tu. 
 


After solat jama3 maghrib dan isyak, kami ambil train ke tanta. Di tanta tu, kami nak ke Dahab actually. Tanta ke Dahab 12 jam. 10 pm bertolak, 10 am esoknya baru sampai. Memang sakit badan tidur bangun tidur bangun dalam bas --" Adoi. Di Dahab, kami stay di Miami Beach Hotel. Kat Dahab ni, kami memang enjoyed sangat. Kami ke Nuweiba panjat2 red and white canyon hampir 2-4 jam. Makan makanan Arab badwi di padang pasir. Ada jugak yang snorkeling, tapi aku tak join la. Malu la perempuan snorkeling, off course la ada lelaki kat pantai tu. Kami drive atv di padang pasir dan tepi pantai. Yang ni moment paling best. Shopping di Dahab pun best, sweaters kat sana murah. Hehe, siap boleh tulis nama. Di Dahab, Kami stay 4hari, 2malam ni hotel, 2malam atas bas.



Last day, kami di Cairo. Jumpa kawan2 and family travelmates yang ada di mesir ni. Aku sempat jumpa bestfriend aku, Maisarah dan makan nasi kerabu ikan keli dan roti canai telur. 

Ada lagi tempat2 dan benda2 yang tak cerita or terlupa nak cerita. Panjang sangat. Btw, aku sempat kena travel diarrhea kat mesir ni. Memang sakit. 1st time kena walaupun dah 3x travel. Huhu. 10x ulang alik ke toilet --". Travel ni betul2 mematangkan diri. Percayalah, 10x korang travel, 10x jugak akan jumpa problem lain2 even dah plan superb punya. Problem tu bukan yang biasa2, kadang2 rasa nak pecah kepala fikir solution nya. Apapun, Allah ada. Kat mana2 pun kita boleh dapat ibrah. Hanya dengan experiences je kita tahu semua ni. 

Nota hati: 
Ilmu yang sebenar-benarnya akan melahirkan khosyah (takut pada Allah).
Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah takkan dapat oleh orang yang membuat maksiat.