Saturday, November 5, 2016

The Valley of the Moon

Sleep under the star, camping and bbq with my friend. Yes, finally it’s became true.
Last weekend, it’s such a great weekend for me. Haha… Even it’s only 1 day, but we created an enjoyable time together. Actually, aku nak story pasal trip aku and kawan2 ke Wadi Rum (The Valley of the Moon). Plan punya plan, Alhamdulillah jadi jugak and dah pun seminggu berlalu.  Pergi 14 orang naik coaster. Coaster tu muat je sampai 21 orang pun, tapi 14 pun dah penuh dengan kami and barang2. Banyak sangat ke barang2 kami? Mestilah. Sebab walaupun pergi hari ini, balik esok tapi mestilah kena bawak makanan banyak2. Perjalanan kan jauh. Lebih kurang 6-7 jam. Memang makan tidur makan tidur la dalam coaster. Ketua trip dah bahagikan tugas. Siapa kena in-charged makanan, ye la kan, untuk breakfast, lunch, bbq, esok. Kami pergi hari jumaat pukul 9.45 am, bertolak. Janji pukul 9, tapi biasalah kan janji melayu. Kuang3x.
Aku bawak makanan yang aku in-charged, lampu, sleeping bag and  stoking spare je. Tak bawak pun baju. Hehe. Nasib baik ammu coaster tu baik. Tunggu kami yang lambat sampai. Hehe. Dalam coaster tu memang boring giler. Aku tak boleh tidur pun, sebab excited (excited la sangat). Tengok orang lain semua tidur bangun makan tidur bangun je. Ada yang suka ambik gambar, dengan phone or camera je. Aku, pishang!!  Sebab bosan sangat, kami ada main teka-teki, dengan sama2 perempuan je la 7 orang, tapi cam satu coaster boleh dengar mainan kami. Main teka teka kuih tradiosional. Kahkah, Nampak tak sangat bosan di situ, then main ABC and macam2 lagi.
Dah la, baik cerita bila dah sampai. Kami plan nak tengok sunset, tapi tak sempat. Kami sampai lebih kurang 30 minit before maghrib. Kalau nak tengok sumset, sepatutnya kena naik jep. So, sebab dah tak sempat, kami panjat bukit belakang campsite, kat situ pun boleh la ambik gambar sunset. Cantik je, tapi kalau boleh naik jep tu, mesti boleh pergi tempat yang lagi cantik sunset.  Bila makin malam, campsite pun makin gelap, tapi diorang tak bukakkan lampu. Adoi, memang stress la. Pergi toilet pun, nasib baik bawak lampu. Kami lunch + dinner dalam coaster makan nasi goreng and nyanyi2, bagi hadiah pada Ain sebab birthday dia seminggu lepas (haha, lambat giler bagi hadiah). Pakcik tu cakap 10 minit nak pasang lampu, last2 2 jam lepas tu baru bukak lampu. Stresss.


Lebih kurang pukul 8 malam after solat maghrib and isyak, kami pergi ke tempat untuk bbq and tengok bintang. Bila nak start bbq, baru sedar yang tak bawak arang!! Adoi , drama betul. Nasib baik ada lelaki. Cuma bayiang kalau perempuan je ada, memang tak bbq la kami. Kuang3x. so, diorang pergi mintak arang dengan pakcik2 di campsite sebelah (nama je sebelah, tapi jauh sangat sebenarnya jalan kaki). Pakcik tu bagi arang and kayu2 kering free. Boleh buat campfire. Yeah!!! Kalau nak beli kayu api, 25 jd (rm150). Nama pun tengah2 padang pasir. Semua benda susah nak dapat, mahallah. Sambil tunggu diorg cari arang, aku baring je, tengok bintang (tak membantu langsung, haha). Bintang2 kat sini cantik dan banyak sangat. Subhanallah


Bbq bakar ayam, sosej, s’more and makan ramai, seronok sangat. 1st time aku makan s’more. Sedap sangat (noob kan?) Lepas beberapa jam, kami duduk sekeliling campfire and story2 and main truth or dare. Biasalah kan, main truth or dare, semua nak kenakan kawan2. Habis bocor rahsia2 yang tak sepatutnya, tapi ada jugak yang hambar. Hahaha. Masa main tu, kami sempat tengok meteor. Cantik!!! 1st time tau tengok meteor, tahi bintang pun ada. Tak sempat nak buat “make a wish’ sebab semua terpaku je tengok langit. Lawak pun ada tengok expression sorang2.
Jam 1.30  pagi, kami bentang tikar panjang atas pasir, semua baring. Masa tu dah makin sejuk. Temp dalam belas2 kot. Aku yang bawak sleeping bag pun dah menggigil cam phone vibrate, yang tak bawak tu, cam nak mati kot. Hehe. Lepas tu, hampir semua orang dah tidur atas tikar tu. Aku still tak boleh tidur! Sebab sejuk sangat, sakit badan aku, dengan tanah tak rata (manja kan). Ada sekali tu, aku nampak something kecik je warna putih lompat2. Aku jerit la. Tak kuat pun, jerit tanya, bukan takut ok. Rupa2nya arnab. Pelik jugak arnab tengah2 padang pasir ni. Anjing tu ada jugak. Anjing ni seram sikit, tak tenang kot semua orang bila ada anjing tu datang dekat, nasib baik tak kacau.
Pukul 3 pagi aku nampak seseorang pegang lampu berjalan. Then, aku kejut la semua kawan2 aku balik khemah, boleh tidur proper sikit. On the way balik khemah, jumpa anjing lagi. Semua orang takut and berdiri belakang aku, aku pun takut la wehh!! Haha. Sampai khemah tu, memang terus tidur, dengan tudung pun tak sempat nak tanggal. Tapi aku pun tak tanggal tudung sebab sejuk sangat. Memang lena habis aku tidur.
Pukul 5.30 aku bangun. Alamak!! Subuh!! Nasib baik tudung dah pakai. Aku kejut je Ain and Nabilah, aku terus pergi toilet ambik wuduk, then kejut khemah2 sebelah. Sunrise pun dah entah kemana. Haha. Subuh pun masa langit dah terang, tapi nasib la tak syuruk lagi. Sebab bangun awal sikit daripada orang lain, sempat la aku ber’sunrise’ belakang khemah and ambik gambar. Pagi tu, baru aku tahu siapa jalan sorang2 pukul 3 pagi dengan flashlight phone. Hmm, berani giler jalan sorang2. Ada 2 orang kawan aku yang lelaki kata, diorang terjaga atas tikar tu, hampir semua orang dah takde, dah la bila nak balik khemah, anjing kejar. Sakit perut aku gelak dengar cerita diorang.


Pukul 7 pagi, kami naik jep, pergi tengok sandstone, ronda2 padang pasir, panjat bukit. Wadi Rum ni cantik sangat. Tak rugi datang. Pukul 8. 15 kami balik khemah dan kemaskan barang. Aku prepared breakfast, roti and jem strawberry je. Tepat 9 am, kami bertolak balik. Semua tidur je dalam coaster.

Bajet kami untuk trip ni 30jd/each. Coaster 13 jd, jep + khemah 13jd and makanan selebihnya. Sorry kalau bosan je cerita aku. Trip ni best, aku yang cerita ni je tak best, tak reti nak menulis. Huhu   Harap boleh create memories lagi dengan korang sepanjang kita di sini. Jom kita bantai semua wadi2 yang ada. *aku dah pergi wadi mujib, tapi taknak cerita sebab ada peristiwa sedih disebalik trip ke wadi mujibL *