Saturday, December 1, 2018

I Love U

Never forget saying I love you before you hang up the phone with your family 
You never know when you’re going to talk to someone for the last time 

Maybe at first it’s going to be totally embarrassing to say I love you, but I’m sure you will deal with that later 

I feel like showing family love is something no one really thinks about anymore. It's similar to kisses and hugs .
I’m grateful that my family and I don’t hesitate to grab and kiss each other

I think people who live far away from family can understand more. Me, I stayed in the hostel for 5years while I was in the high school and now I’m here since 6years ago.



When someone passes away, the relationship ends. The bond, the comfort, and the ability to touch them. But the love doesn't have to. Love can hold tight at both ends and that connection doesn't have to go anywhere. It might even grow stronger. Insya-Allah 

Just say it before it’s too late, say what you’re feeling.. waiting is a mistake 


but better late than never 

Thursday, November 1, 2018

Wadi Dana Biosphere Reserve

Alhamdulillah, sampai juga di Wadi Dana. Aku dah teringin pergi since 3 years ago apabila doc plant and earth sebut tentang Wadi Dana ni.

Paling bermakna sebab aku handle sepenuhnya untuk jejalan kali ni. It started when I just sembang-sembang dengan Imanina dalam phone and terus on untuk pergi. Just fikir nak ajak siapa lagi 2 atau 3 orang. Takkan nak pergi berdua je since tempat tu jauh and berapa ketul je budak melayu pernah sampai.

Aku searched tentang Wadi Dana dalam FB and google, then jumpa agent paling trusted. So, aku la yang berurusan dengan pakcik tu dari awal sehingga akhir walaupun sedih jugak tak boleh jumpa pakcik tu, dia pergi Indonesia. Pakcik tu nama Khalid.
Akhirnya, kami pergi berempat.

20 Sept 2018, kami bertolak dari Irbid. Kelam kabut jugak la sebab kami decide pergi after zohor, tapi tetiba aku yang ada kelas sampai pukul 2pm. So, aku memang gerak direct from hospital, kawan-kawan aku sempat la balik rumah masak dan mandi. Busuk

Tentatif:
20/9/2018
1500: Irbid to Amman (2.30jod)
1630: sampai Amman
1640: ke Mujamma3 Janoob (1.25jod)
1740: ke Dana, naik bus Maan (4jod)
2025: stop tepi jalan raya, naik kereta
2050: sampai di Wadi Dana!!

21/9/2018
0845: start hiking
1545: done hiking

22/9/2018
1015: check out, ke tafielah (2jod)
1115: sampai Mujamma3 Tafieleh
1430: bertolak from Tafielah (4jod)
1740: sampai Mujamma3 Janoob (1jod)
1815: sampai Amman (2.30jod)
2015: sampai Irbid

Dana Ecocamp: 61.25jod/pack

Kami memang macam backpackers di negara orang (okay, memang negara orang, tapi dah more than 5years kat sini. macam negara sendiri pulak)
Pakcik Khalid bagitahu steps nak naik public transport and contact number pekerja dia. Macam senang je, tapi menjadi problem besar apabila kami pergi lewat petang dan esok tu dah weekend. Almost semua public transport dah habis, driver pun dah balik rumah, tidur. Ada lah driver taxi nak tipu kami dari Mujamma3 Janoob ke Dana 50jod, 4jam, logik je harga tu tapi kering la duit kami. Last, aku call pekerja Ecocamp tu, dia suggest naik bus ke Maan but stop tepi jalan raya, nanti dia ambilkan kami. Kami memang percaya je sebab dah nak maghrib dan bus yang sepatutnya kami naik dah tak ada. Bus ke Maan tu 4jod je seorang compare taxi tadi. Huhu
Alhamdulillah, semua orang sangat membantu, daripada pekerja camp, driver coaster, semua penumpang dalam coaster. Nak nangis!! Terharu sangat
Maybe muka kami macam foreigners yang sangat kesian kot plus dalam kesusahan gitu. Hahaha





Hiking best sangat walaupun penat 7jam berjalan and panjat gunung gitu. Actually kami ada plan hiking second day, tapi terpaksa cancel sebab semua orang dah penat dan macam tak boleh bangun sakit-sakit badan, YaAllah
btw, view khemah kami sangat-sangat cantik, stargazing sangat cantik jugak. semua lah cantik. Hehehe




tapi sedih sebab tak boleh jumpa oryx. Actually itu lah aim sebenar aku pergi Wadi Dana. Insya-Allah, ada rezeki dapat la aku jumpa oryx before balik Malaysia

Thanks, pakcik2 Wadi Dana yang sangat baik. Bagi breakfast and dinner free. Sembang dan cerita pada kami sejarah Dana Village.
Thanks to my travelmates: Imanina, Che Amira and Alia Farhana

Seronok.. I'm looking forward to explore the next wadi here

p/s: i'm done with Wadi Mujib, Wadi Rum and Wadi Dana



Meh nak citer pasal Dana ni dengan ehsan google:
Dana Biosphere Reserve is Jordan's Largest nature reserve, located in south-central Jordan. It was founded in 1989 in the area in and around Dana village. The nearest city is Tafielah.

dah, google la sendiri kalau teringin sangat nak tahu


Friday, February 2, 2018

Ya Rasulullah, Tanah Haramain

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Itu je yang mampu aku ucapkan. Menjadi tetamu Allah ke Haramain sangat bermakna. Yup, memang aku berada di negara yang sangat dekat dengan dua Tanah Haram tu, tapi Alhamdulillah, pada tahun kelima disini, aku baru dapat sampai.



Teringat pesan seorang sahabat.. masa tu, aku tahun 3 "nak ke Makkah ni, kena mulakan dengan doa". Betul. Sebelum tu, memang teringin pergi Makkah, tapi just ucap biasa je dan aku lupa untuk ucapkan dalam doa ketika tadahkan tangan.

Alhamdulillah jugak aku boleh solat sepanjang umrah, tanpa perlu ambil ocp (oral contraceptive), berbulan2 sebelum tu aku dah doa semoga aku boleh solat dan suruh mama jugak doakan aku. Lancar semuanya. Aku rasa, memang banyak benda aku perlu bersyukur. Sob3... dan boleh makan bihun goreng banyak kali sepanjang umrah.

Aku pergi 4-13/1/2018, cuti sem seminggu. Paling penting, naik BUS, not aeroplane!!! Almost 24 jam dalam bus. Boleh edema tau. Huahua.. Kami bertolak 4hb after isyak dan sampai maghrib 5hb di Madinah. Macam2 story tau sepanjang perjalanan. Especially di border. Check passport, check barang, almost 5jam di border sahaja. Di Madinah, hotel kami dekat sangat dengan Masjid Nabawi, lintas jalan je dah sampai. Sekeliling Masjid Nabawi ada 3 museums (Muzium Asmaa ulHusna, Muzium Rasulullah dan Muzium al Quran) Alhamdulillah aku boleh pergi semua muzium tu. Dan masa pergi muzium al Quran tu, ada seorang penulis al Quran and he gave me a souviner, tulisan dia sendiri!! Aku seorang je dapat tau. Huhu, so terharu.

Alhamdulillah aku sempat masuk Raudhah (Makam Rasulullah) sekali walaupun 3 kali berusaha masuk. Memang dahsyat sangat moment nak masuk ke Raudhah. Masjid Nabawi ni berkarpet merah tau, kecuali Raudhah, berkarpet hijau. Semua orang dari pelbagai negara, ada lemah lembut, ada yang ganas, bertolak2 untuk masuk ke kawasan karpet hijau. Kami pergi Sokaifat Bani Saedah, tempat pemilihan khalifah pertama dalam Islam, Saidina Abu Bakar. Aku baru tahu yang kawasan Masjid Nabawi tu (keluasan pagar) adalah Madinah yang sebenar2nya pada zaman Rasulullah dulu. Kami check out hotel pada pagi 7hb.

Otw ke Makkah, kami ke Jabal Uhud, Pasar Kurma dan Masjid Quba'. Kami ber-meeqat di Birr Ali dan masuk ke Kota Makkah pada pukul 8.15pm dan check in hotel. Hotel di Makkah ke Masjidil Haram ni tak sedekat hotel di Madinah ke Masjid Nabawi. Kena naik bus dalam 5-10 minit. Alhamdulillah, kami boleh settled umrah wajib malam tu jugak. Sebab dalam ihram ni macam2 rasa nak buat. Rasa nak potong kuku la, tertarik rambut la, tapi kena sabar dan hati2. First time tengok Masjidil Haram dan Kaabah ;( Sedih dalam gembira. Sepanjang di Makkah, aku dapat buat 3x umrah (sekali umrah wajib, dua umrah sunat). Bila dah dalam kota Makkah, kami meeqat di Masjid Aisyah. Bagi aku, tawaf tak letih or sakit kaki pun, tapi part saie, memang sakit kaki. hehehe... Itu pun dah pakai stoking tebal. Tapi akhirnya koyak stoking tersebut.


10hb, kami pergi ke Gua Thur. Tak naik pun, pergi tengok je. Then, pergi melawat manasik haji (tempat2 wajib Haji macam Arafat, Mina, Muzadalifah dan lain2). Pernah jugak aku naik sutuh Masjidil Haram tu before solat asar untuk tengok imam. Sebab aku ingat imam akan duduk dekat Kaabah tau bila nak solat. Tapi rupa2nya aku salah. Waa!! tak dapat tengok. Tapi ada pakcik arab tu tunjuk tempat imam kat aku. Ini jugak satu benda yang aku bersyukur sangat, iaitu boleh cakap arab. Even tak la fluent sangat, but i still can speak arabic well. Hahaha.. Kalau pergi shopping, ramai penjual yang boleh bercakap melayu, but aku still cakap arab sebab nak tawar2 harga dan taknak kena tipu. Diorang pun sangat teruja untuk bercakap dengan melayu dalam bahasa arab. Kadang2 rajin jugak sembang dengan makcik2 arab. Ada dari Palestine, ada Saudi, Algeria, ada Syria, ada Turkey dan lain2.

Aku ada jugak moment hilang kasut dalam Masjidil Haram. Alhamdulillah jumpa. Masa tu rasa nak nangis sebab taktau nak balik nanti nak pakai macam mana. Takkan nak pakai stoking je.. Waaa!! Satu lagi, ada la beberapa perkara yang aku terlintas dalam hati dan ianya betul2 terjadi. So, kena berhati2 dalam fikir apa2 bila berada di tanah haram ni, hehe... Sepanjang umrah ni jugak, aku dan kawan2 suka beli air susu tau. Jenama Nadec and Almaraii.. sedap sangat tau.. Ada jugak yang borong berbotol2 bawak balik rumah.. :D

Actually, before pergi umrah and tengah2 cuti sem ni, aku tak habis exam lagi, means after je cuti ada exam menunngu. So, kena study jugak sepanjang tempoh pergi umrah tu. Aku je la, orang lain group lain dah habis. Mujahadah betul tengok orang lain relex2 tapi alu kena study.


Pada hari Jumaat, 12hb kami dah kena buat tawaf wida'. Hari Jumaat, ramai sangat orang, lagi ramai daripada hari2 lain. Biasanya aku buat tawaf dekat dengan kaabah tau, ground floor. Tapi tawaf wida' ni, aku terpaksa buat di level 2 sebab ramai sangat orang dan first time kena tawaf sorang2. Aku ni memang susah sikit ingat jalan, So, kali ni memang tawakal pada Allah je untuk tawaf sorang2 dan tak sesat bila nak keluar nanti. Aku tawaf 4 pusing dalam masa 2jam, then stop khutbah dan solat jumaat, lepas tu sambung balik 3 pusing dalam masa 10minit je. Kelakar betul rasa. Kalau tawaf di ground floor tu, dalam 20-30minit je settled semua.

Kami sampai rumah masing2 13hb before maghrib, Alhamdulillah... Selamat semuanya.

Kos aku habis... dalam RM1200 untuk bayar pada agent tak termasuk makanan (ada la makan nasi sekali dan air mineral) dan aku tukar 515SR (RM540) untuk belanja, tapi ada baki 100SR bila balik. So aku habiskan dalam RM 1650 untuk umrah.

p/s: kalau belum berkesempatan, teruskan doa. Aku yang nak pergi lagi ni pun kena berdoa jugak dari sekarang. Makin lama, makin tak reti dah menulis. serabut betul. Sekarang baru lepas exam, ada cuti seminggu. Memang makan tidur, makan tidur je. Aduhai...

Sunday, September 24, 2017

Hot Doha, Qatar

It’s already 1year as I’m not going back to Malaysia. I miss my hometown, families and friends!! But this year my parents are going to perform hajj. Aku sampai Malaysia 4/8/2017, my parents’ flight on 9/8/2017. Sedih kan? Actually bukan nak story pasal my parents perform haji but about my 2nd long transit. This year, we chose Doha sebab kami naik Qatar Airline. Number 1 airline in world 2017! Makanan best, services best, airport pun best. Lambat jugak aku tulis ni sebab aku dah start kelas semula dah sekarang after cuti selama 42hari. Haha, pemalas.


Kami pilih transit 18hours from 0100 until 1900. Fyi, kami 3 orang, orang yang sama travel to spain 8 month ago. Qatar airport (Hamad International Airport) ada sediakan free tour for long transit above 5hr. The free tour is about 2-3hr. kami memang planned nak join free tour tu, tapi kami silap kaunter and dah terkeluar pun dari airport. Haha, memang kelakar sebab once dah keluar dari airport, memang tak boleh masuk balik and kalau nak join free tour tu, jangan keluar dari airport.
So, plan dah berubah serta-merta! Nasib baik kami google jugak apa tempat2 menarik di Doha before final exam hari tu. Fuhhh.. nasib la. Kami solat subuh di masjid sebelah airport, cantik sangat masjid tu, ada air pancut. Btw, masa tu subuh around 4am and the temp was 38°C!! so hot. Kami tunggu pukul 6am, tanya kaunter macam mana taxi and the fees, kami terus gerak.


1st destination: Souq waqif. Temp was 40°C. About 25-35min from airport by taxi. Tambang pulak around 40riyal. Duit diorang lebih kurang ringgit Malaysia je. Sampai sana sangat panas, rupa2 pasar tu tak buka lagi. Buka pukul 10am. Ya Allah, tuhan je tahu betapa seksa kami tahan panas. Pukul 8am, baju and tudung dah basah kuyup macam mandi hujan. Memang jalan2 and ambik2 gambar je la sambil tunggu pasar bukak. Bila pasar bukak, kami masuk and keluar kedai je. Bukan nak beli pun tapi nak air-cond! Semua kedai ada air-cond. Lagipun dengar cerita, elektrik di Qatar free, negara kaya raya kan. Souq Waqif ni besar la. Ada macam2, baju, makanan, hardware etc. Kami beli keychain je and singgah minum milk shake. Hehehe. Fyi, Qatar ni air mineral diorang mahal macam minyak petrol. (Panas + air mahalà --“)


Next… lebih kurang pukul 1pm, kami berjalan2 menuju ke skyline. Bukan ke skyline pun, tapi tepi laut and boleh ambik gambar berlatar belakangkan skyline. Ada boats kayu tepi laut, boleh je naik, tapi kami tak naik pun sebab nak cepat ke museum. Laluan bawah tanah as jejantas pun ada lif and air-cond tau. Perghh.. Cantik sangat skyline tu, Subhanallah. Ada replica of pearl berdekatan tempat kami ambik gambar. Aku pun lupa nama tempat tu, banana island kot. Kot kot…. Dari situ, boleh nampak The Museum of Islamic Art. Nampak dekat, tetapi hakikatnya –“

Tak ada orang pun yang jalan2 kaki di Doha, hanya kami sebab panas sangat. Semua orang naik kereta. Tengah hari, temp 43°C. sangat panas. Sampai di museum, museum tak bukak lagi sebab ada VIP guests (entah la siapa). Tunggu dalam 10 minit, baru boleh masuk. Dalam museum memang best. Sejuk and ada internet. Haha.. masuk museum, main internet sejam, then baru ronda2 sikit. Masuk free je. Museum ni atas air tau, laut kot, bukan tasik. Boleh nampak la skyline tadi from the museum. Then, habis kan duit dengan minum air super-duper mahal di museum, segelas je dah 35riyal. Fuhh…


The next destination is balik airport!! Sampai airport, lapar sangat. So, sebab transit kami more than 8hr, dapat la makanan free. Makan nasi lauk masak lemak dengan wedges plus air gas (unlimited) plus muffin, memang kenyang sampai tak boleh bangun. Kami solat di airport je zohor sampai isyak. Alhamdulillah jugak tak join free tour sebab boleh guna 18hr transit sebaik2nya. Kalau join free tour yang 3hr tu, lepas habis tour, mereput je di airport 10hr.
Naik flight terus tidur, letih sangat jalan kaki ketika cuaca panas. Tapi puas hati sangat. Next time, naik transit lama2 lagi di Negara lain pulak, insya-Allah. Dengan Alisha and Imanina :D *takde idea sangat nak menulis*


p/s: doakan aku belajar rajin2. Dah 5th year, insyaAllah. 

Thursday, February 9, 2017

Parents, travel and me

Kadang-kadang, bila fikir sejenak, aku perlu bersyukur (Alhamdulillah) sebab my parents jenis yang ok je bila mintak permission utk travel.

Especially my papa. Kalau mintak dengan mama, jawapan dia "suka sangat la gi jalan sorang ni. Habis tempat ye nok gi. Bahaya tu, nok gi mane pulok tu?. Gi ramai2 sikit. Gi tanya papa la. Kalau papa ok, mama ok je la." 
Tapi, kalau mintak permission dengan papa, memang senang sangat. Jawapan terus ok. Without asking for my destination, plans, friends or even money. But later, I'll inform him the details. Hehe. Actually aku bersyukur jugak sebab obviously papa sangat percaya pada aku and InsyaAllah I'll never betray your trust. Papa pun tahu yg aku memang ada duit kalau bagitahu nak travel. And of course aku tak mintak duit lagi dgn my parents since dapat pinjaman further study ni except to support half of my phones. Hehe


Aku tengok ada jugak my friends yang parents diaorang tak bagi permission utk travel even we're 20s. In my opinion, 20s doesn't mean we're already old enough but it means we have to explore the world and making our own experiences because our parents won't be around forever :( 

Harap kalau kahwin nanti dapat husband yang senang berkira jugak. Kahkah... Takde la tanya aku macam2. Simple, just like my papa. Yang suka travel jugak, but not 'gila travel'. (banyak la aku punya angan2)

Notes:
Surah Al-Hajj (22: 46): Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dada.

Monday, February 6, 2017

Le Tour Las España

Alhamdulillah.. Actually aku baru balik dari travel. Yes, my 2017 trip. Aku kan dah plan 1 year, 1 travel. Kali ini aku pergi Spain dengan 2 orang sahabat, so travel bertiga la. Lebih kurang 9 hari travel sebab cuti sem kali ini seminggu je :( Kami memang guna full cuti untuk travel, jumaat hingga sabtu. 

Kami transit sehari di Italy, so sempat la round beberapa tempat di Rome and Vatican City. Actually masa plan travel, baru aku tahu yang Vatican City tu sebuah negara yang berbeza, ingatkan a city in Italy. Kami sempat pergi Colosseum, Roman Forum & Trevi Fountain. Kat sini, ada bad experience sebab ada sahabat aku kena pickpocket di Pantheon. Habis kad and duit. Tapi duit euro tak simpan semua dalam dompet tu. Bagi aku Italy and barca memang bahaya dengan pickpockets.


Next day, flight ke Barcelona. Kami stay 2 days there. Btw, travel kali ini kami guna Airbnb. Best tau Airbnb ni, selesa sangat compare to hotel yang aku pernah stay di UK sebab Airbnb kan rumah orang. Kami sempat guna khidmat 'free walking tour'. Tour guide akan bawa jalan2 sekeliling barca dalam lebih kurang 3jam. Then, it's up to us untuk bagi upah dia berapa pun. Kami pergi Gothic Quarter, La Rambla, and tempat2 sekeliling. Aku rasa cathedrals paling banyak kami pergi, snap gambar kat depan then blah. Haha. Malam, kami pergi makan paella and Diagonal Mall. Wajib tau makan paella ni kalau datang Spain. Next day, kami still in barca and kami pergi Sagrada Familia, Park Gwell and Barcelona Stadium. Tapi sedih sebab stadium tutup. Tsk... Tsk... Depan stadium ada gerai jual churros, seriously this's the best churros ever. 


Next, our flight to Granada. Kami naik flight sebab flight lagi murah compare to train. Kalau bus pulak, 12 jam, membazir waktu. Di sini, kami pergi Al-Hambra, Nazarid Palace and Sierra Nevada. Sierra Nevada ni tempat main ski tapi tak sejuk sangat pun. Haha. Memang jauh la sejuk Glasgow dulu, -27 degree kot. Malam, kami shopping di Nevada shopping mall, a new mall. Tapi aku bukan kaki shopping pun. Satu je kot barang aku beli. Hehe, baik habiskan duit dengan makanan.


On Tuesday morning, bus to Malaga. Kami stay sekejap je di Malaga ni. Malam dah bergerak ke Seville. Kami sempat melawat Malaga Cathedral, Museo Picaso and Al-Cazabar & Gibralfaro.

Di Sevilla, kami pergi Al-Cazar, La Giraldar, Cathedral Sevilla, University of Sevilla, Plaza de España, Plaza de Torros and Torre de Oro. 


Our last destination is Madrid for 2 days. Pergi Cathedral al-Mudena (banyak betul la pergi cathedral ni), Royal Palace of Madrid, Mercado de San Miguel, Plaza Mayor and Puerta del Sol. Last day, kami plan pergi Museo National del Prado tapi semua malas nak pergi. So, kami pergi kedai Swarovski. Hehe, sempat la aku beli bracelet satu, 97€ jugak harga (tapi lagi murah dari Malaysia) Best jugak sebab boleh makan seafoods..huhu..


Bajet yang aku habiskan, tak habis kira lagi. Aku rasa dalam 1000jd semuanya kot (transport, accommodations, belanja sendiri, makan, etc) Tapi utk belanja tu, aku tukar 350jd ke euro dapat 460€. 
Best sangat travel ni, Alhamdulillah smooth je semua kecuali di Malaga kot, terlepas bus sebab bangun lewat. Haha 

Saturday, November 5, 2016

The Valley of the Moon

Sleep under the star, camping and bbq with my friend. Yes, finally it’s became true.
Last weekend, it’s such a great weekend for me. Haha… Even it’s only 1 day, but we created an enjoyable time together. Actually, aku nak story pasal trip aku and kawan2 ke Wadi Rum (The Valley of the Moon). Plan punya plan, Alhamdulillah jadi jugak and dah pun seminggu berlalu.  Pergi 14 orang naik coaster. Coaster tu muat je sampai 21 orang pun, tapi 14 pun dah penuh dengan kami and barang2. Banyak sangat ke barang2 kami? Mestilah. Sebab walaupun pergi hari ini, balik esok tapi mestilah kena bawak makanan banyak2. Perjalanan kan jauh. Lebih kurang 6-7 jam. Memang makan tidur makan tidur la dalam coaster. Ketua trip dah bahagikan tugas. Siapa kena in-charged makanan, ye la kan, untuk breakfast, lunch, bbq, esok. Kami pergi hari jumaat pukul 9.45 am, bertolak. Janji pukul 9, tapi biasalah kan janji melayu. Kuang3x.
Aku bawak makanan yang aku in-charged, lampu, sleeping bag and  stoking spare je. Tak bawak pun baju. Hehe. Nasib baik ammu coaster tu baik. Tunggu kami yang lambat sampai. Hehe. Dalam coaster tu memang boring giler. Aku tak boleh tidur pun, sebab excited (excited la sangat). Tengok orang lain semua tidur bangun makan tidur bangun je. Ada yang suka ambik gambar, dengan phone or camera je. Aku, pishang!!  Sebab bosan sangat, kami ada main teka-teki, dengan sama2 perempuan je la 7 orang, tapi cam satu coaster boleh dengar mainan kami. Main teka teka kuih tradiosional. Kahkah, Nampak tak sangat bosan di situ, then main ABC and macam2 lagi.
Dah la, baik cerita bila dah sampai. Kami plan nak tengok sunset, tapi tak sempat. Kami sampai lebih kurang 30 minit before maghrib. Kalau nak tengok sumset, sepatutnya kena naik jep. So, sebab dah tak sempat, kami panjat bukit belakang campsite, kat situ pun boleh la ambik gambar sunset. Cantik je, tapi kalau boleh naik jep tu, mesti boleh pergi tempat yang lagi cantik sunset.  Bila makin malam, campsite pun makin gelap, tapi diorang tak bukakkan lampu. Adoi, memang stress la. Pergi toilet pun, nasib baik bawak lampu. Kami lunch + dinner dalam coaster makan nasi goreng and nyanyi2, bagi hadiah pada Ain sebab birthday dia seminggu lepas (haha, lambat giler bagi hadiah). Pakcik tu cakap 10 minit nak pasang lampu, last2 2 jam lepas tu baru bukak lampu. Stresss.


Lebih kurang pukul 8 malam after solat maghrib and isyak, kami pergi ke tempat untuk bbq and tengok bintang. Bila nak start bbq, baru sedar yang tak bawak arang!! Adoi , drama betul. Nasib baik ada lelaki. Cuma bayiang kalau perempuan je ada, memang tak bbq la kami. Kuang3x. so, diorang pergi mintak arang dengan pakcik2 di campsite sebelah (nama je sebelah, tapi jauh sangat sebenarnya jalan kaki). Pakcik tu bagi arang and kayu2 kering free. Boleh buat campfire. Yeah!!! Kalau nak beli kayu api, 25 jd (rm150). Nama pun tengah2 padang pasir. Semua benda susah nak dapat, mahallah. Sambil tunggu diorg cari arang, aku baring je, tengok bintang (tak membantu langsung, haha). Bintang2 kat sini cantik dan banyak sangat. Subhanallah


Bbq bakar ayam, sosej, s’more and makan ramai, seronok sangat. 1st time aku makan s’more. Sedap sangat (noob kan?) Lepas beberapa jam, kami duduk sekeliling campfire and story2 and main truth or dare. Biasalah kan, main truth or dare, semua nak kenakan kawan2. Habis bocor rahsia2 yang tak sepatutnya, tapi ada jugak yang hambar. Hahaha. Masa main tu, kami sempat tengok meteor. Cantik!!! 1st time tau tengok meteor, tahi bintang pun ada. Tak sempat nak buat “make a wish’ sebab semua terpaku je tengok langit. Lawak pun ada tengok expression sorang2.
Jam 1.30  pagi, kami bentang tikar panjang atas pasir, semua baring. Masa tu dah makin sejuk. Temp dalam belas2 kot. Aku yang bawak sleeping bag pun dah menggigil cam phone vibrate, yang tak bawak tu, cam nak mati kot. Hehe. Lepas tu, hampir semua orang dah tidur atas tikar tu. Aku still tak boleh tidur! Sebab sejuk sangat, sakit badan aku, dengan tanah tak rata (manja kan). Ada sekali tu, aku nampak something kecik je warna putih lompat2. Aku jerit la. Tak kuat pun, jerit tanya, bukan takut ok. Rupa2nya arnab. Pelik jugak arnab tengah2 padang pasir ni. Anjing tu ada jugak. Anjing ni seram sikit, tak tenang kot semua orang bila ada anjing tu datang dekat, nasib baik tak kacau.
Pukul 3 pagi aku nampak seseorang pegang lampu berjalan. Then, aku kejut la semua kawan2 aku balik khemah, boleh tidur proper sikit. On the way balik khemah, jumpa anjing lagi. Semua orang takut and berdiri belakang aku, aku pun takut la wehh!! Haha. Sampai khemah tu, memang terus tidur, dengan tudung pun tak sempat nak tanggal. Tapi aku pun tak tanggal tudung sebab sejuk sangat. Memang lena habis aku tidur.
Pukul 5.30 aku bangun. Alamak!! Subuh!! Nasib baik tudung dah pakai. Aku kejut je Ain and Nabilah, aku terus pergi toilet ambik wuduk, then kejut khemah2 sebelah. Sunrise pun dah entah kemana. Haha. Subuh pun masa langit dah terang, tapi nasib la tak syuruk lagi. Sebab bangun awal sikit daripada orang lain, sempat la aku ber’sunrise’ belakang khemah and ambik gambar. Pagi tu, baru aku tahu siapa jalan sorang2 pukul 3 pagi dengan flashlight phone. Hmm, berani giler jalan sorang2. Ada 2 orang kawan aku yang lelaki kata, diorang terjaga atas tikar tu, hampir semua orang dah takde, dah la bila nak balik khemah, anjing kejar. Sakit perut aku gelak dengar cerita diorang.


Pukul 7 pagi, kami naik jep, pergi tengok sandstone, ronda2 padang pasir, panjat bukit. Wadi Rum ni cantik sangat. Tak rugi datang. Pukul 8. 15 kami balik khemah dan kemaskan barang. Aku prepared breakfast, roti and jem strawberry je. Tepat 9 am, kami bertolak balik. Semua tidur je dalam coaster.

Bajet kami untuk trip ni 30jd/each. Coaster 13 jd, jep + khemah 13jd and makanan selebihnya. Sorry kalau bosan je cerita aku. Trip ni best, aku yang cerita ni je tak best, tak reti nak menulis. Huhu   Harap boleh create memories lagi dengan korang sepanjang kita di sini. Jom kita bantai semua wadi2 yang ada. *aku dah pergi wadi mujib, tapi taknak cerita sebab ada peristiwa sedih disebalik trip ke wadi mujibL *