Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Itu je yang mampu aku ucapkan. Menjadi tetamu Allah ke Haramain sangat bermakna. Yup, memang aku berada di negara yang sangat dekat dengan dua Tanah Haram tu, tapi Alhamdulillah, pada tahun kelima disini, aku baru dapat sampai.
Teringat pesan seorang sahabat.. masa tu, aku tahun 3 "nak ke Makkah ni, kena mulakan dengan doa". Betul. Sebelum tu, memang teringin pergi Makkah, tapi just ucap biasa je dan aku lupa untuk ucapkan dalam doa ketika tadahkan tangan.
Alhamdulillah jugak aku boleh solat sepanjang umrah, tanpa perlu ambil ocp (oral contraceptive), berbulan2 sebelum tu aku dah doa semoga aku boleh solat dan suruh mama jugak doakan aku. Lancar semuanya. Aku rasa, memang banyak benda aku perlu bersyukur. Sob3... dan boleh makan bihun goreng banyak kali sepanjang umrah.
Aku pergi 4-13/1/2018, cuti sem seminggu. Paling penting, naik BUS, not aeroplane!!! Almost 24 jam dalam bus. Boleh edema tau. Huahua.. Kami bertolak 4hb after isyak dan sampai maghrib 5hb di Madinah. Macam2 story tau sepanjang perjalanan. Especially di border. Check passport, check barang, almost 5jam di border sahaja. Di Madinah, hotel kami dekat sangat dengan Masjid Nabawi, lintas jalan je dah sampai. Sekeliling Masjid Nabawi ada 3 museums (Muzium Asmaa ulHusna, Muzium Rasulullah dan Muzium al Quran) Alhamdulillah aku boleh pergi semua muzium tu. Dan masa pergi muzium al Quran tu, ada seorang penulis al Quran and he gave me a souviner, tulisan dia sendiri!! Aku seorang je dapat tau. Huhu, so terharu.
Alhamdulillah aku sempat masuk Raudhah (Makam Rasulullah) sekali walaupun 3 kali berusaha masuk. Memang dahsyat sangat moment nak masuk ke Raudhah. Masjid Nabawi ni berkarpet merah tau, kecuali Raudhah, berkarpet hijau. Semua orang dari pelbagai negara, ada lemah lembut, ada yang ganas, bertolak2 untuk masuk ke kawasan karpet hijau. Kami pergi Sokaifat Bani Saedah, tempat pemilihan khalifah pertama dalam Islam, Saidina Abu Bakar. Aku baru tahu yang kawasan Masjid Nabawi tu (keluasan pagar) adalah Madinah yang sebenar2nya pada zaman Rasulullah dulu. Kami check out hotel pada pagi 7hb.
Otw ke Makkah, kami ke Jabal Uhud, Pasar Kurma dan Masjid Quba'. Kami ber-meeqat di Birr Ali dan masuk ke Kota Makkah pada pukul 8.15pm dan check in hotel. Hotel di Makkah ke Masjidil Haram ni tak sedekat hotel di Madinah ke Masjid Nabawi. Kena naik bus dalam 5-10 minit. Alhamdulillah, kami boleh settled umrah wajib malam tu jugak. Sebab dalam ihram ni macam2 rasa nak buat. Rasa nak potong kuku la, tertarik rambut la, tapi kena sabar dan hati2. First time tengok Masjidil Haram dan Kaabah ;( Sedih dalam gembira. Sepanjang di Makkah, aku dapat buat 3x umrah (sekali umrah wajib, dua umrah sunat). Bila dah dalam kota Makkah, kami meeqat di Masjid Aisyah. Bagi aku, tawaf tak letih or sakit kaki pun, tapi part saie, memang sakit kaki. hehehe... Itu pun dah pakai stoking tebal. Tapi akhirnya koyak stoking tersebut.
10hb, kami pergi ke Gua Thur. Tak naik pun, pergi tengok je. Then, pergi melawat manasik haji (tempat2 wajib Haji macam Arafat, Mina, Muzadalifah dan lain2). Pernah jugak aku naik sutuh Masjidil Haram tu before solat asar untuk tengok imam. Sebab aku ingat imam akan duduk dekat Kaabah tau bila nak solat. Tapi rupa2nya aku salah. Waa!! tak dapat tengok. Tapi ada pakcik arab tu tunjuk tempat imam kat aku. Ini jugak satu benda yang aku bersyukur sangat, iaitu boleh cakap arab. Even tak la fluent sangat, but i still can speak arabic well. Hahaha.. Kalau pergi shopping, ramai penjual yang boleh bercakap melayu, but aku still cakap arab sebab nak tawar2 harga dan taknak kena tipu. Diorang pun sangat teruja untuk bercakap dengan melayu dalam bahasa arab. Kadang2 rajin jugak sembang dengan makcik2 arab. Ada dari Palestine, ada Saudi, Algeria, ada Syria, ada Turkey dan lain2.
Aku ada jugak moment hilang kasut dalam Masjidil Haram. Alhamdulillah jumpa. Masa tu rasa nak nangis sebab taktau nak balik nanti nak pakai macam mana. Takkan nak pakai stoking je.. Waaa!! Satu lagi, ada la beberapa perkara yang aku terlintas dalam hati dan ianya betul2 terjadi. So, kena berhati2 dalam fikir apa2 bila berada di tanah haram ni, hehe... Sepanjang umrah ni jugak, aku dan kawan2 suka beli air susu tau. Jenama Nadec and Almaraii.. sedap sangat tau.. Ada jugak yang borong berbotol2 bawak balik rumah.. :D
Actually, before pergi umrah and tengah2 cuti sem ni, aku tak habis exam lagi, means after je cuti ada exam menunngu. So, kena study jugak sepanjang tempoh pergi umrah tu. Aku je la, orang lain group lain dah habis. Mujahadah betul tengok orang lain relex2 tapi alu kena study.
Pada hari Jumaat, 12hb kami dah kena buat tawaf wida'. Hari Jumaat, ramai sangat orang, lagi ramai daripada hari2 lain. Biasanya aku buat tawaf dekat dengan kaabah tau, ground floor. Tapi tawaf wida' ni, aku terpaksa buat di level 2 sebab ramai sangat orang dan first time kena tawaf sorang2. Aku ni memang susah sikit ingat jalan, So, kali ni memang tawakal pada Allah je untuk tawaf sorang2 dan tak sesat bila nak keluar nanti. Aku tawaf 4 pusing dalam masa 2jam, then stop khutbah dan solat jumaat, lepas tu sambung balik 3 pusing dalam masa 10minit je. Kelakar betul rasa. Kalau tawaf di ground floor tu, dalam 20-30minit je settled semua.
Kami sampai rumah masing2 13hb before maghrib, Alhamdulillah... Selamat semuanya.
Kos aku habis... dalam RM1200 untuk bayar pada agent tak termasuk makanan (ada la makan nasi sekali dan air mineral) dan aku tukar 515SR (RM540) untuk belanja, tapi ada baki 100SR bila balik. So aku habiskan dalam RM 1650 untuk umrah.
p/s: kalau belum berkesempatan, teruskan doa. Aku yang nak pergi lagi ni pun kena berdoa jugak dari sekarang. Makin lama, makin tak reti dah menulis. serabut betul. Sekarang baru lepas exam, ada cuti seminggu. Memang makan tidur, makan tidur je. Aduhai...
No comments:
Post a Comment