Friday, October 31, 2014

Aku dan Jalanraya

"Alahhh..xpayah risau la..Ira selamat je, insya-Allah..xpayah la bimbang sngt"

Itu ayat yang akan aku ulang setiap kali call mama..sebab apa?? sebab mama asyik pesan

"Lintas jalan tu elok2..tngok kiri kanan.. kereta dekat jangan lintas lagi..tiap kali tngok jalan, mesti mama ingat ke ira"

then, aku pun ulang ayat tu lagi..setiap kali aku call..tapi, aku akan senyap bila mama sambung ayat dia...

"anak mama sorang dah xde sebab accident di jalan raya..xnak la benda yg sme berulang lagi..."

aku memang akan senyap n sedih bila dengar ayat tu..huhu..aku tau, aku memeng xmakan saman ckit bab2 lintas jalan ni..hehe..balik malaysia hri tu pn, aku lintas selamba cm kt cni jugak..kat sini nasib baik orang2nya cepat je berhenti n senang nk bagi laluan utk pedestrian wlaupn kereta tngh laju..kadang2, kalau brjalan ngn kawan2 yg takut ckit melintas jalan, aku tarik je tangan dia melintas skli ngn aku..smpai menjerit2 kawan2 aku..haha..tapi, betul la..tiap kali tngok jalan raya or nak melintas, teringat jugak pada abang..my one n only abang..

sekarang aku sedang berusaha merubah perangai aku ni..hehe..plus, sedang berusaha mendengar kata mama.. i love u mama...miss u abang <3

*mood teringin nak naik basikal

Wednesday, October 29, 2014

Am cooking!!



Aku budak yg nothing dalam memasak..nothing means zero..keh3..tapi apabila kaki aku menjejak je tanah syam ni, i have to cook..almaklumlah duduk rumah ngn kwn2, bukan family..so, ada la jadual memasak..huhu
Dulu2 zaman sekolah, bukan xprnh mama n papa bising sruh aku belajar memasak,, tapi hanya msuk telinga kanan, keluar telinga kiri (nsib baik jugak sekejap).. lagipun aku duk asrama plus ad kkak yg hnya beza setahun n terror giler memasak..goyang kaki la aku..huahua..
so, aku nk kongsi la suka duka a.k.a resepi aku yg basic nothing ni telah mnjadi chef hebat abad ini..cewahh..

Ayam Percik


bawang merah (2 biji)
bawang putih (2biji)
serai (1 batang)
lada kering
 -->blender smua tu
santan n air
belacan
asam gelugur
garam n gula (secukup rasa)
ayam (1/3 ekor)
cara-cara:
1. bahan yg diblender tdi, campur dengan santan n air.
2. msukkn kedalam periuk (panaskn minyak dulu)
3. msukkn asam gelugur, garam n gula
4. apabila dh mndidih, tutup api n jiruskn keatas ayam.. SIAP!!
*1st time buat dulu, percik aku sedap, tapi wrna hitam..haha..rupa2nya sebab aku tumis bhn2 yg diblender b4 cmpur dgn santan..haha...jgn tumis ea

sport day

*tulis mase hri kejadian..bru nk post..keh3



Hari ni ada sukan..SUPERB (sukan permai n kebudayaan)..aku join lumba lari,,4x100..haha..best kot..dh 2 tahun aku tinggal acara balapan ni..one day harap dapat join lompat jauh jugak..hari2 asyik hadap buku je..nak jugak overcome tension aku ni..hehe..lari daripada buku2 tebal..batch kitaorg rumah hijau a.k.a joker..so, jadi budak hijau la aku hari ni..sob3// aku runner 2nd..aku rabun ckit, so, xnmpak sangat time runner terakhir..so, aku xtau kitaorang dapat tmpt 2nd or 3rd..xkisah la..yg penting, alhamdulillah dapat no..
masa sukan tadi, ramai kot yang kejang kaki..dah lama sgt kot masing2 tinggal semua ni..dah pancit semua..akak housemate aku yang main volleyball pun dah smpai lebam2 kaki n tangan..kesian kot mse nak solat..sahabat aku, syabab seliuh kaki sampai kne refer ke hospital..huhu..sedih kot..geng aku tu..syafakallah..
semua ni, ingatkan balik saat2 aku terseliuh dulu masa prep b4 datang sini...sebulan jugak kot..dah la ramadhan..memang sebulan la solat terawih duduk..mcm makcik2..btw, hal ni sgt membuatkan aku bersyukur sgt nikmat kaki yang Allah kurniakan ni..Alhamdulillah..
satu lagi, aku terharu sangat kat sahabat aku sorang ni..dah la busy dgn meeting batch, latihan tarian n exam yg dh dekat sgt2, still datang bagi cheers kt aku..terharu..wlaupun dia boleh je duk rumah study cm orang lain, tp, dia datang jugak..terima kasih awak.. dah la bagi pinjam kasut sukan pink dia..hehe..*pink kasut aku hari ni

Monday, October 27, 2014

Lovin' You

"Do not Love the one who doesn't love Allah,
If they can leave Allah, they will leave you"
{Imam Syafi'e}

Ilmu



Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi...mata sudah hampir tertutup, tetapi aku masih menggagahkan diri untuk terus membaca.. material yang belum dibaca masih banyak..tiba-tiba mata terpandang laptop yang terbuka..tertarik untuk meninjau facebook seketika.. Terbaca satu post yang sangat sentap..

Imam Ghazali berkata ketika menasihati anak muridnya:

"Wahai anak anak ku,berapa banyak malam.yang engkau hidupkan dengan mengulangkaji ilmu dan membaca buku.kamu menghalang dirimu daripada tidur.Aku tidak tahu apakah dorongan yang menyebabkan kamu bertindak demikian? Sekiranya kerana tujuan duniawi,mencari saki bakinya,medapatkan habuan di dunia dan berbangga bangga terhadap kawan dan teman,maka celakalah kamu."

Aku dan Allah



Keyakinan kepada Allah ibarat air kedamaian yang tidak prnah kering, menjadikan seorang Muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran, dan tenang disaat orang lain ketakutan.
Biar rebah jangan berubah, biar terbuang terus berjuang.
Semakin dekat bahtera kita kepada-Nya, semakin hebat taufan melanda.
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah peluang, esok adalah harapan, genggam jadi kejayaan.