Tulisan kali ini lebih kepada diri sendiri supaya bila baca, beringat sikit. Sebab aku budak yang dapat scholarship, so aku kena faham "aku sedang guna duit rakyat Malaysia" 😔😔😔
1. Ada terbaca kisah students yang terpaksa buat kerja sambilan utk tambah duit poket.
2. Akak rumah aku kata, students before 5 tahun yang lalu, duit poket diorg half poket kitaorang sekarang. Diorg memang tak pergi travel. Simpan utk balik Msia je.
3. Sekarang banyak talk pasal pengurusan wang secara berhemah. (Aku tak pernah pergi pun walaupun jauh disudut paru2 rasa nak pergi)
4. Ramai yang sanggup berhabis utk kepuasan diri walaupun sedar itu hanya kemahuan bukannya keperluan tapi tak sanggup spend sikit utk sedekah.
5. Ada juga yang duit poket dah banyak, tapi still tak cukup, sampai mak bapak kena cover lagi.
6. Isu duit Msia jatuh, kau yang paling kecoh, tapi masih lagi menjadi manusia yang tak reti berjimat.
*aku tak pernah sampai kena buat kerja sambilan. Alhamdulillah. Kalau aku dapat 2x ganda duit berbanding senior, sepatutnya aku boleh save duit aku, kalau tak half pun se per empat pun jadilah. Kalau pergi talk pengurusan wang, tapi tak apply dalam hidup, pergi mampus la (sorry, terkasar pulak). Kalau asyik nak puaskan diri sendiri, pikir sikit orang yang kurang mampu. Duduk sekejap dan pikir, duit kau dapat utk tanggung kau sorang, duit mak bapak kerja tanggung diri diorang dan anak2 yang lain lagi, takkan kau tak reti2. Masing2 jugak kena sedar utk prepare duit utk emergency situation. Kalau ape2 berlaku, macam mana??
*target aku, bila dah graduate nanti ada duit sekurang2nya RM35k dalam acc.
*3x cuti sem:
1. Balik Msia (cuti paling panjang)
2. Travel
3. Mereput sorang2 di bumi aku berada sekarang
"Sesungguhnya orang2 yang membazir itu ialah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya"
{17:27}
No comments:
Post a Comment