"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian kami keluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang² yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pengajaran daripadanya)"
{Al-A'raf: 57}
Mengapa perlu mengeluh bila hujan..
"alahai, hujan la pulak"
"habis lah basah baju, kasut dan beg aku nanti"
"lambat la kering pakaian aku di ampaian"
Bukan ke antara waktu mustajab berdoa termasuklah waktu hujan...sama-sama menadahkan tangan pada Pencipta hujan dan berdoa dengan penuh rendah hati dan kesyukuran..


No comments:
Post a Comment