Thursday, November 27, 2014

"Habis lah basah baju aku!"


"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian kami keluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang² yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pengajaran daripadanya)"
{Al-A'raf: 57}


Mengapa perlu mengeluh bila hujan..
"alahai, hujan la pulak"
"habis lah basah baju, kasut dan beg aku nanti"
"lambat la kering pakaian aku di ampaian"

Bukan ke antara waktu mustajab berdoa termasuklah waktu hujan...sama-sama menadahkan tangan pada Pencipta hujan dan berdoa dengan penuh rendah hati dan kesyukuran..


 

 

Tuesday, November 25, 2014

Dosa dan Taubat

Maha suci Allah, sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat. Aku yakin dengan RahmatNya seluas langit dan bumi. Melalui hadith Qudsi, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari apa yang telah dikhabarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, beliau bersabda:

“Dahulu, ada seorang yang telah berbuat dosa. Setelah itu, ia berdoa dan bermunajat; ‘Ya Allah, ampunilah dosaku! ‘ Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya hamba-Ku mengaku telah berbuat dosa, dan ia mengetahui bahwasanya ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa atau memberi seksa karena dosa.” Kemudian orang tersebut berbuat dosa lagi dan ia berdoa; “Ya Allah, ampunilah dosaku!” Maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Hamba-Ku telah berbuat dosa, dan ia mengetahui bahwasanya ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa atau menyeksa hamba-Nya karena dosa….
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


 Terdapat juga riwayat daripada Al Hafizh Ibnu Rajab al Hambali mengatakan bahwa Ibnu Abi ad Dunya dengan sanadnya dari Ali berkata:

”Sebaik-baik kalian adalah setiap yang terkena fitnah yang bertaubat, yaitu setiap kali dirinya terkena fitnah dunia (bermaksiat) lalu bertaubat; Ditanyakan kepadanya: “Jika dia mengulanginya lagi?
Dia menjawab: “Hendaklah dia meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat.” 
Dia ditanya lagi: “Jika orang itu mengulangi lagi?”
Dia menjawab: “Hendaklah dia meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat.”
Dia ditanya lagi: “Jika orang itu mengulangi lagi?”
Dia menjawab: “Hendaklah dia meminta ampunan kepada Allah dan bertaubat.”
Dia ditanya: ”Sampai bila?”
Dia menjawab: ”Hingga syaitan kelelahan.”

Post-mortem From Myself

و عسى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وهُوَ خَيْرٌ لكَمْ وَعَسى أَنْ تُحِبُّوْا شَيْئا وهو شرٌّ لكم واللهُ يعلمُ وأَنْتُمْ لا تَعْلمُوْنَ
“Bisa jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan bisa jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(QS. Al Baqarah: 216)

hari ini ada exam... aku dapat the lowest mark sepanjang aku di alam universiti..

2 hari yang lalu......
"setiap yang kita dapat, itulah yang Allah nak bagi pada kita..contohnya result exam..tinggi atau rendah, itulah yang kita dapat..dan itulah yang Allah bagi..insya-Allah itulah result yang akan mendekatkan kita pada-Nya.. mungkin kalau kita dapat lagi tinggi, kita akan jauh dari-Nya.. yang penting usaha kita dan meletakkan Allah bersama-sama usaha kita..barulah tak frust giler2.. tawakkal... yang penting jugak, belajar menerima dan ikhlaskan hati kita dalam menerima pemberian Allah tu"
~akak senior~

walaupun aku dapat rendah, tapi bila aku fikirkan balik, aku dapat banyak benda hari ni.. ada orang bagi coklat, ada bagi oreo, ada bagi wafer..ada tolong basuhkan pinggan aku hari ini.. sedangkan semua tu aku tak mintak pun..xde pun tadahkan tangan mintak pada Allah, mintak coklat atau biskut tu..tapi, Allah hadirkan jugak orang2 yang nak memberi pada aku..


"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
{ar-Rahman}

Ada perkara yang kita usahakan, tapi tak dapat.. Ada perkara yang kita tak usahakan, tapi dapat.. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku.. Memang betul, sukar juga hati ini untuk menerima, namun Allah sentiasa ada untuk memberi kita peluang. Peluang untuk hamba-Nya mendekatkan diri pada- Nya.. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...andai tersilap, cepat2 sedar dan bertaubat..

Bersama-sama memperbaiki diri kearah yang lebih baik..Bersama-sama juga untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan..
Road to 2nd exam.. peluang dan ruang masih ada..

#mujahadah#cintaAllah

Thursday, November 20, 2014

Sunday, November 16, 2014

Bila Puteri Portugal Berpantun

Ni adalah 1st pantun aku....tetiba rasa cam nak post..hakhak..
sambil duk kenang memori lama dengan sahabat2..
kenangan yang indah untuk diingati, tapi, tak sanggup utk diulangi..

Mencari sekuntum bunga kejora,
gugup jantung menduga iman,
senyum disulam pemanis bicara,
apa khabar bunga ditaman?

Bertenggek merpati di dahan kemboja,
turun bercanda diperdu pala,
dinda di sini sihat sahaja,
harap kanda begitu juga

Bunga mawar kembang semalam,
pohonnya cntik tapi berduri,
gelombang besar di laut dalam,
mengapa kanda datang kemari?

Dari Iran ke negeri Pakistan,
kayu diukir hasilan tangan,
senaskah al-Quran kanda serahkan,
agar teukir sebuah kenangan...

Saturday, November 15, 2014

Gadis Bertudung Biru

Angin dari bumi gersang ini sedang bertiup laju. Langit membiru tanpa awan. Suara kanak-kanak arab riang yang sedang bermain jelas kedengaran. Tak semua dapat difahaminya. Dia, si gadis bertudung biru labuh masih di situ. Berdiri keseorangan sambil melihat jam biru ditangan. Menunggu seseorang, sahabat baik barangkali.

                Memori lalu bertandang. Memori yang banyak membawa suka duka dalam hidup gadis itu. Memori di zaman sekolah. Sekolah yang gah bukan hanya pada nama, juga pada tarbiyyahnya. Senyuman terukir seketika dibibirnya. Teringat si gadis itu tentang sebuah persoalan yang dulu selalu berlegar-legar dibenaknya. 

                “Mengapa perlu bertudung labuh?”

                “Mengapa aku pakai? Orang lain tak pakai pun tudung labuh”

                Tetapi hari ini, dialah gadis yang memakai tudung itu. Dialah gadis yang akan berusaha mempertahankan tudung itu. Dialah gadis yang sangat sayangkan tudung itu. Mungkin ada yang tidak mengerti, yang tidak faham tentang tudung itu. Hanya dia, si gadis bertudung biru itu punya jawapan.

                Mungkin dari kecil dia sudah terbiasa memakainya, namun jauh disudut hatinya, bukan ikhlas yang bertandang, tetapi hanya sekadar memenuhi suruhan ibu tercinta. Menjejakkan kaki di bumi tarbiyyah itu semakin mengajar dia makna disebalik tudung itu. Dia tahu ramai saja sahabat-sahabatnya yang hanya memakai tudung itu di waktu persekolahan, selepas itu, bertukar tudung. Pernah juga gadis itu diketawakan oleh orang sekeliling kerana tudung itu.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Fitrah bergaya itu ada pada setiap perempuan. Apatah lagi seorang gadis sepertinya. Andai setiap orang faham, nescaya keinginan dunia pasti diketepikan. Gadis itu yakin ‘pahitnya perjuangan kerana manisnya syurga’. Perjuangannya mempertahankan maruah dirinya.  

Biarlah dia menjadi seorang gadis yang tak dipandang dan tak memandang. Yang tak disedari ketika dia ada, tak disedari juga ketika tiada.

---bersambung andai punya waktu dan idea---

Puisi Biru Untuk Kamu


Kau hujaniku dengan gerimis biru
lalu ku rangkai menjadi puisi
setiap hurufnya adalah kamu
yang tak kehabisan kata menulisnya

Wednesday, November 12, 2014

i'm 9teen

"Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan."
{6:60}

Disaat umur makin bertambah...bertenang, tarik nafas dalam2...dan..fikir..
"apakah sumbangan aku untuk ummah??"
Disaat Gaza ibarat telur dihujung tanduk, aku masih disini dan mampu tersenyum, mampu gelak ketawa.. mereka disana.....
Bersyukurlah dengan nikmat dunia yang sementara, Alahmdulillah,,namun, jangan sesekali lalai.. tanamkan tekad dan kuatkan azam untuk terus maju dan berusaha membangunkan ummah...Ummah perlukan Hero..hero yang akan menyelamatkan Islam.. ingatlah.. Islam tak perlukan kita, tetapi, kita yang memerlukan Islam..selagi nyawa masih dikandung badan, tetaplah berjuang..
Hari ini, bukanlah 'aku baru 19 tahun' tetapi, 'aku sudah 19tahun' !!

Saturday, November 8, 2014

11 November is cominggg!!

Poyo betul kan aku?..tulis pasal birthday sendiri..haha.. xde la, aku sedih jugak sebenarnya. Start f1, sampai sekarang, aku sambut bday without my family around me especially my parents.. may be dh nak masuk tahun ke 7.Tapi, setiap tahun walaupun without family, tapi diorang akan jadi yang 1st wish..xkisah la mama ke, papa ke, kakak ke, adik ke (xde abang).. mse muda, mmg xcelebrate pn dengan kawan2, tapi bila dah f4 aku fly dari asrama dengan kawan2 untuk sambut bday aku..haha

masuk f5, kakak aku datang asrama hantar kek ngn ayam kfc untuk aku celebrate dengan kawan2 sebab tengah spm..mse tu, papa n mama xde sebab outstation..masa ni, paling banyak dapat hadiah,, dari kawan2, dari junior2..may be sebab mse ni status aku as mpp kat sekolah..tp, pelik jugak, aku bukan mpp yang mesra rakyat sngat atau penyayang macam naseem n izzatul,,tapi, xpe lah,,orang nak bagi, kita ambik..rezeki jangan ditolak..haha..

tahun seterusnya, xsempat nak celebrate fgn family, aku dah kne fly ke sini.. sedih kan??
Sebenarnya, bukan nak celebrate sgt2 pun, aku just nak mama n papa ada ngn aku je..sob3.. ucap terima kasih pada diorang sebab dh jaga aku selama ni.. tahun ni, kalau panjang umur, ini bday terakhir aku ketika jadi budak belasan tahun.. *dah tua dah..ajal pun makin hampir.. biasanya aku mesej or call mama n papa utk wish tq sgt2 pada diorang.. aku dah bnyak mnyusahkan diorang..mintak benda yang bukan2 la..huhu..insaf..

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” Al Isra' (17:23)

Biasakan kita dengar.. mak bapak boleh jaga anak 10 orang, anak2 10 orang xboleh pun nak jaga mak bapak 2 orang tu..tak terbalas jasa2 diorang..so, sama2 kita ambil masa seketika n renungkan ibubapa masing2 n jasa2 diorang..tak terbalas oleh kita..baik yang masih ada ataupun sudah pergi menghadap Allah..

 Azam aku untuk bday kali ni, aku nak jadi anak yang solehah..chayokkk..
*kalau ada kesempatan sambut dengan family aku, aku nak hadiah la..hadiah satu kotak besar warna biru n kt dalam tu, ada bnyak barang2 wrna biru (sempat lagi nak demand tinggi2)


Friday, November 7, 2014

Kelas Agama

Jam 8.15 pm (2.10 am Malaysia)

Malam ni aku rasa sangat yang Allah dah permudahkan aku... Siang tadi ada hebahan ke kelas agama untuk belajar kitab.. Aku rasa nak pergi sangat..tapi, kelas tu malam, lepas solat maghrib.. kalau keluar malam kena ada teman, bahaya sorang2..lagipun jauh (lebih 10 minit berjalan).. Kalau xde teman, kena call murakib (syabab). Tak nak la menyusahkan diorang..'diorang' means murokib2 biasa aku..

Aku pun hantar text di wasap group BCL med (geng2 akhowat aku).. hampa..xde yang reply..mungkin diorang x online... dalam hati memang nak pergi..walaupun dh macam xde harapan nak pergi..walaupun sebenarnya kena fikir jugak, balik nanti dah lepas waktu isyak, tetap kena ada murokib..tapi, aku memang xnak fikir...insya-Allah ada la yang akan murokib nanti kot...

Allahu Akbar..Allahu Akbar!!!
Azan Maghrib..tengok wasap, memang dah xde harapan nak pergi.. aku pergi je ambik wudhuk untuk solat maghrib dengan kakak2 senior rumah aku..nak ajak diorang, cam masing2 busy, ada yang ada tetamu, ada yang ada liqo'...siap je ambik wudhuk, aku dengar phone berbunyi (ringtone boboiboy)
Ada orang call..dan dia ialah Fatimah..ajak pergi kelas kitab tu...Yahooo!! Alhamdulillah.. Allah memang betul2 dengar permintaan aku.. walaupun Fatimah bukannya geng2 aku pun..kawan biasa2 je..rapat ckit je kot..tapi, Allah hantar dia untuk teman aku n sama2 pergi belajar ilmu agama hari ini..


Sabda Nabi SAW : "Sesiapa yang menempuh sesuatu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan permudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadith riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a..

 Insya-Allah, Allah sudah permudahkan jalan aku ke majlis ilmu hari ni dan  semoga Allah permudahkan jugak jalan aku untuk ke syurga.. Ameen.. kadang2 leka nak exam ilmu2 dunia ni, aku nak jugak penuhkan dada dengan ilmu agama..lagipun aku baru habis first exam untuk sem ni.

Sampai je ke kelas tu, memang kelas dah start, tapi baru mukadimah.. nasib baik jugak.. tetiba nampak muka2 syabab yang biasa murakib aku.. Alhamdulillah, diorang pun datang sama.. habis je kelas tu, diorang tunggu aku n Fatimah untuk temankan kitaorang balik walaupun aku tak mintak.. syukur sangat..insya-Allah, kalau xde halangan, next week aku dah janji dengan Fatimah nak datang lagi.. walaupun sedikit sedih aku xsempat nak ambik copy kitab yang belajar tadi, dah habis..kena tunggu next week untuk stok baru.. Jazakillah


NABI S.A.W. "Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a...

Make money by copying the best: http://bit.ly/best_tips
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a...

Make money by copying the best: http://bit.ly/best_tips
"Sesiapa menempuh satu perjalanan untuk mencari suatu ilmu, Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga" (Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a...

Make money by copying the best: http://bit.ly/best_tips