Tuesday, March 31, 2015

Demam :(

Semalam.....
Badan panas...bukan lagi sebab aku menyandar pada heater --"
Cepat pulak demam datang.. Ye la, 1st time demam jauh dari bumi malaysia setelah demam tahun 2012 lepas spm. Batuk, selesema, sakit kepala etc... Dah lama air mata tak menitis, semalam dah menitis. Call malaysia, mama suruh makan ubat. Aku yang susah demam ni memang tak ada langsung stok ubatnya. Aduhai. Telan panadol pun tak pernah. Bukan takut makan ubat, tapi sebab prinsip aku "aku tak akan makan ubat selagi boleh bangun berdiri". Hehe...sebab prinsip aku ni la ending nye sampai kne injection masa demam 2012 dulu. Biarlah... Prinsip aku kan...



"Tidak lah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya sebagaimana pohon menggugurkan daunnya"
(HR. Bukhari-Muslim)

Ye lah. Aku banyak sangat dosa.. Bertimbung-timbung sebesar langit dan bumi. Semoga dengan sakit yang tak seberapa ni boleh mengurangkan dosa2 tersebut. Insya-Allah. Exam pun dah dekat, aku memang kena struggle elok2. Study kerana Allah.. Go..go..go..

Info:
Yang dimaksudkan ibubapa ada 3 golongan:-
1. Orang yang melahirkan kita (parents)
2. Orang yang menghilangkan kejahilan pada kita (guru2)
3. Orang yang percayakan anaknya kepada kita (mentua)


Tuesday, March 24, 2015

Hati Ini Milik Allah

"Dulu aku suka dia, tapi sekarang aku benci dia"
"Aku cintakan kau"
"Hati aku tak tentu arah"
"Aku geram dengan dia"
"Jealous betul pada dia"
"Hati aku tak rasa apa2 bila buat maksiat"

“Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati. Jika kamu tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru”. [IMAM AL-GHAZALI]

Hati ini ada penjaganya, andai inginkannya mintalah daripada Penjaganya, yakni ALLAH. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan manusia yang bermacam-macam. Mana mungkin aku dapat membaca hati kau. 

Hati..kalau diterjemah secara direct dalam english, liver.. Tapi buah hati disebut sweetheart. Padahal heart tu jantung. Kalau bahasa arab pula, hati disebut كبد. Jantung pula قلب. Tapi kalau sebut 'Qalbun Salim', diterjemah sebagai 'hati yang sejahtera. Kenapa bukan jantung yang sejahtera..haha...aku pun pening..

Pembahagian Hati:

1. Hati yang sihat dan selamat: hati yang selamat untuk dibawa bertemu Allah, insyaAllah.

2. Hati yang mati: hati yang tidak Mengenal Penciptanya. Cinta akan dunia dan mengikut nafsu.

3. Hati yang sakit: hati yang hidup tetapi berpenyakit. Melakukan ibadah, tetapi tetap cintakan dunia.


Racun Hati: 

-kata-kata yang tidak berguna

-banyak makan

-pandangan mata

-pergaulan bebas


Nota Hati:

Semoga Allah menjaga hati2 kita untuk terus mendekatkan diri kepada-Nya. InsyaAllah.

Semoga Allah tautkan hati2 kita untuk terus berukhuwah kerana-Nya. InsyaAllah.

Semoga Allah tetapkan hati2 kita dijalan yang benar, yakni dijalan-Nya. InsyaAllah.



Saturday, March 21, 2015

Hanya Dia Yang Tahu

"Sesungguhnya hanya disisi ALLAH ilmu tentang hari kiamat, dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui, Maha Mengenal"
{Luqman: 34}


Cuaca tak menentu. Winter sepatutnya dah berakhir. Sepanjang 2 minggu lepas, dah sedikit panas. Ala-Alia nak masuk spring. Tiba-tiba, hari ni bukan main sejuk lagi. Hujan pulak tu. Dah la aku terlupa nak pakai sweater keluar tadi, nasib baik hujan berhenti ketika aku nak pulang ke rumah.. Alhamdulillah...

Tahun lepas asyik ke hadap buku Before We Are Born. Belajar la daripada mak nak mengandung, sampai la dah habis berpantang. Dah rasa macam nak rebus dan telan buku tu. Hahaha.. Banyak sangat yang perlu dibaca dan diingat.. Sob3.. Satu benda yang sangat menarik attention aku semasa belajar subject ni ialah jantung (heart) dah start mengepam darah walaupun brain belum develop. Subhanallah. Hanya Allah yang tahu.

Selalu je plan nak study, tiba-tiba tidur lagi lepas subuh then bangun lambat.. Aduhai.. Bila mengadu kat housemate, dia salahkan aku plak "sape suruh tidur pkul 2,3 pagi nye". Hehe.. Memang aku ni burung hantu. Malam berjaga, siang entah ke mana..

Point terakhir, aku tak tahu nak cakap apa. Mungkin hidup aku akan berakhir di bumi yang aku berada sekarang atau bumi lahir aku (Malaysia), atau bumi yang aku berangan nak pergi travel lagi..


Nota hati:
Persiapkan diri bila-bila masa, dimana-mana sahaja.
Semoga pengakhiran kita adalah Husnul Khatimah.
Insya-Allah

Saturday, March 7, 2015

Allah Tempat Bergantung

Sesekali aku melepaskan lelah..
Penat..bukan penat pada tubuh badan, tetapi pada fikiran. Merenung sejenak. Banyak perkara berlaku dalam masa 2 minggu ini. Ditambah lagi exam yg memaksa aku menghabiskan 50-60 lecture notes. Alhamdulillah, berakhir juga hari ini. 2 papers yang terpaksa aku harungi. 1st paper betul2 membuatkan aku terseksa, terseksa melihat result yang keluar sebaik sahaja selesai menjawab soalan. Insya-Allah, ada hikmah disebaliknya. Bersangka baik dengan Allah. Hikmahnya, aku betul2 meletakkan kebergantungan aku pada Sang Pencipta untuk 2nd paper. Terasa Allah begitu hampir. Cukup dekat hingga terasa Allah sedang memegang hati ini yang hampir futur bagi meneruskan perjuangan seterusnya.. Subhanallah.. Seusai exam pertama, balik rumah dengan muka yang lesu, Alhamdulillah lagi kerana kakak2 senior aku, betul2 memberikan semangat.. kata mereka 
"Don't lose hope. You never know what tomorrow will bring"
Air mata menitis lagi. Aku betul2 mesti kuat. Mesej papa dan mama betul menaikkan semangat. Aku tahu, doa mereka sentiasa ada untuk aku.

Beberapa hari sebelum exam, spec mata aku hilang. Ya Allah, terasa kecewa seketika (sehingga hari ini sebenarnya). Hilang ketika aku solat semasa salah satu program bersama-sama students melayu lain. Aku benar-benar sayangkan spec itu. Apatah lagi spec tu aku beli guna duit sendiri. Astaghfirullah. Bersangka baiklah dengan Allah. Segala yang kita ada, bukan semua milik kitadan kekal. Suatu hari, pasti akan diambil semula oleh Sang Maha Pencipta. Hatta family, barang2, dan nyawa sendiri.
*berangan nak buat spec warna biru pulak lepas ni..hehe

Aku, Si BudakBiru yang akan terus kuatkan hati dan semangat.

Minggu lepas jugak, sesuatu berlaku pada diri aku. Mungkin terlalu peribadi. Betul2 menguji kematangan aku lagi. Membuat keputusan sebaik mungkin. Tidak mengecewakan mana-mana pihak.  Semoga waktu yang diberikan cukup untuk aku berfikir dan membuat keputusan yang bijak. Sesekali terasa diri belum matang. Allah ada, letakkan tawakkal hanya pada Allah. Allah datangkan ujian disaat kita mampu mengharunginya, pada waktu yang tepat. Insya-Allah.



Keluar sahaja dewan exam. Bunga2 kembang menyambut kami..hehe.. before exam, tak sempat menikmatinya. Alhamdulillah, nikmat Allah itu besar

nota hati:
Allah SWT listens and already knows,
what is in your heart,
but He wants you to ask Him 
for what you want.