Saturday, March 21, 2015

Hanya Dia Yang Tahu

"Sesungguhnya hanya disisi ALLAH ilmu tentang hari kiamat, dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui, Maha Mengenal"
{Luqman: 34}


Cuaca tak menentu. Winter sepatutnya dah berakhir. Sepanjang 2 minggu lepas, dah sedikit panas. Ala-Alia nak masuk spring. Tiba-tiba, hari ni bukan main sejuk lagi. Hujan pulak tu. Dah la aku terlupa nak pakai sweater keluar tadi, nasib baik hujan berhenti ketika aku nak pulang ke rumah.. Alhamdulillah...

Tahun lepas asyik ke hadap buku Before We Are Born. Belajar la daripada mak nak mengandung, sampai la dah habis berpantang. Dah rasa macam nak rebus dan telan buku tu. Hahaha.. Banyak sangat yang perlu dibaca dan diingat.. Sob3.. Satu benda yang sangat menarik attention aku semasa belajar subject ni ialah jantung (heart) dah start mengepam darah walaupun brain belum develop. Subhanallah. Hanya Allah yang tahu.

Selalu je plan nak study, tiba-tiba tidur lagi lepas subuh then bangun lambat.. Aduhai.. Bila mengadu kat housemate, dia salahkan aku plak "sape suruh tidur pkul 2,3 pagi nye". Hehe.. Memang aku ni burung hantu. Malam berjaga, siang entah ke mana..

Point terakhir, aku tak tahu nak cakap apa. Mungkin hidup aku akan berakhir di bumi yang aku berada sekarang atau bumi lahir aku (Malaysia), atau bumi yang aku berangan nak pergi travel lagi..


Nota hati:
Persiapkan diri bila-bila masa, dimana-mana sahaja.
Semoga pengakhiran kita adalah Husnul Khatimah.
Insya-Allah

No comments:

Post a Comment