Sesekali aku melepaskan lelah..
Penat..bukan penat pada tubuh badan, tetapi pada fikiran. Merenung sejenak. Banyak perkara berlaku dalam masa 2 minggu ini. Ditambah lagi exam yg memaksa aku menghabiskan 50-60 lecture notes. Alhamdulillah, berakhir juga hari ini. 2 papers yang terpaksa aku harungi. 1st paper betul2 membuatkan aku terseksa, terseksa melihat result yang keluar sebaik sahaja selesai menjawab soalan. Insya-Allah, ada hikmah disebaliknya. Bersangka baik dengan Allah. Hikmahnya, aku betul2 meletakkan kebergantungan aku pada Sang Pencipta untuk 2nd paper. Terasa Allah begitu hampir. Cukup dekat hingga terasa Allah sedang memegang hati ini yang hampir futur bagi meneruskan perjuangan seterusnya.. Subhanallah.. Seusai exam pertama, balik rumah dengan muka yang lesu, Alhamdulillah lagi kerana kakak2 senior aku, betul2 memberikan semangat.. kata mereka
"Don't lose hope. You never know what tomorrow will bring"
Air mata menitis lagi. Aku betul2 mesti kuat. Mesej papa dan mama betul menaikkan semangat. Aku tahu, doa mereka sentiasa ada untuk aku.
Beberapa hari sebelum exam, spec mata aku hilang. Ya Allah, terasa kecewa seketika (sehingga hari ini sebenarnya). Hilang ketika aku solat semasa salah satu program bersama-sama students melayu lain. Aku benar-benar sayangkan spec itu. Apatah lagi spec tu aku beli guna duit sendiri. Astaghfirullah. Bersangka baiklah dengan Allah. Segala yang kita ada, bukan semua milik kitadan kekal. Suatu hari, pasti akan diambil semula oleh Sang Maha Pencipta. Hatta family, barang2, dan nyawa sendiri.
*berangan nak buat spec warna biru pulak lepas ni..hehe
Aku, Si BudakBiru yang akan terus kuatkan hati dan semangat.
Minggu lepas jugak, sesuatu berlaku pada diri aku. Mungkin terlalu peribadi. Betul2 menguji kematangan aku lagi. Membuat keputusan sebaik mungkin. Tidak mengecewakan mana-mana pihak. Semoga waktu yang diberikan cukup untuk aku berfikir dan membuat keputusan yang bijak. Sesekali terasa diri belum matang. Allah ada, letakkan tawakkal hanya pada Allah. Allah datangkan ujian disaat kita mampu mengharunginya, pada waktu yang tepat. Insya-Allah.
Keluar sahaja dewan exam. Bunga2 kembang menyambut kami..hehe.. before exam, tak sempat menikmatinya. Alhamdulillah, nikmat Allah itu besar
nota hati:
Allah SWT listens and already knows,
what is in your heart,
but He wants you to ask Him
for what you want.
No comments:
Post a Comment