Saturday, November 5, 2016

The Valley of the Moon

Sleep under the star, camping and bbq with my friend. Yes, finally it’s became true.
Last weekend, it’s such a great weekend for me. Haha… Even it’s only 1 day, but we created an enjoyable time together. Actually, aku nak story pasal trip aku and kawan2 ke Wadi Rum (The Valley of the Moon). Plan punya plan, Alhamdulillah jadi jugak and dah pun seminggu berlalu.  Pergi 14 orang naik coaster. Coaster tu muat je sampai 21 orang pun, tapi 14 pun dah penuh dengan kami and barang2. Banyak sangat ke barang2 kami? Mestilah. Sebab walaupun pergi hari ini, balik esok tapi mestilah kena bawak makanan banyak2. Perjalanan kan jauh. Lebih kurang 6-7 jam. Memang makan tidur makan tidur la dalam coaster. Ketua trip dah bahagikan tugas. Siapa kena in-charged makanan, ye la kan, untuk breakfast, lunch, bbq, esok. Kami pergi hari jumaat pukul 9.45 am, bertolak. Janji pukul 9, tapi biasalah kan janji melayu. Kuang3x.
Aku bawak makanan yang aku in-charged, lampu, sleeping bag and  stoking spare je. Tak bawak pun baju. Hehe. Nasib baik ammu coaster tu baik. Tunggu kami yang lambat sampai. Hehe. Dalam coaster tu memang boring giler. Aku tak boleh tidur pun, sebab excited (excited la sangat). Tengok orang lain semua tidur bangun makan tidur bangun je. Ada yang suka ambik gambar, dengan phone or camera je. Aku, pishang!!  Sebab bosan sangat, kami ada main teka-teki, dengan sama2 perempuan je la 7 orang, tapi cam satu coaster boleh dengar mainan kami. Main teka teka kuih tradiosional. Kahkah, Nampak tak sangat bosan di situ, then main ABC and macam2 lagi.
Dah la, baik cerita bila dah sampai. Kami plan nak tengok sunset, tapi tak sempat. Kami sampai lebih kurang 30 minit before maghrib. Kalau nak tengok sumset, sepatutnya kena naik jep. So, sebab dah tak sempat, kami panjat bukit belakang campsite, kat situ pun boleh la ambik gambar sunset. Cantik je, tapi kalau boleh naik jep tu, mesti boleh pergi tempat yang lagi cantik sunset.  Bila makin malam, campsite pun makin gelap, tapi diorang tak bukakkan lampu. Adoi, memang stress la. Pergi toilet pun, nasib baik bawak lampu. Kami lunch + dinner dalam coaster makan nasi goreng and nyanyi2, bagi hadiah pada Ain sebab birthday dia seminggu lepas (haha, lambat giler bagi hadiah). Pakcik tu cakap 10 minit nak pasang lampu, last2 2 jam lepas tu baru bukak lampu. Stresss.


Lebih kurang pukul 8 malam after solat maghrib and isyak, kami pergi ke tempat untuk bbq and tengok bintang. Bila nak start bbq, baru sedar yang tak bawak arang!! Adoi , drama betul. Nasib baik ada lelaki. Cuma bayiang kalau perempuan je ada, memang tak bbq la kami. Kuang3x. so, diorang pergi mintak arang dengan pakcik2 di campsite sebelah (nama je sebelah, tapi jauh sangat sebenarnya jalan kaki). Pakcik tu bagi arang and kayu2 kering free. Boleh buat campfire. Yeah!!! Kalau nak beli kayu api, 25 jd (rm150). Nama pun tengah2 padang pasir. Semua benda susah nak dapat, mahallah. Sambil tunggu diorg cari arang, aku baring je, tengok bintang (tak membantu langsung, haha). Bintang2 kat sini cantik dan banyak sangat. Subhanallah


Bbq bakar ayam, sosej, s’more and makan ramai, seronok sangat. 1st time aku makan s’more. Sedap sangat (noob kan?) Lepas beberapa jam, kami duduk sekeliling campfire and story2 and main truth or dare. Biasalah kan, main truth or dare, semua nak kenakan kawan2. Habis bocor rahsia2 yang tak sepatutnya, tapi ada jugak yang hambar. Hahaha. Masa main tu, kami sempat tengok meteor. Cantik!!! 1st time tau tengok meteor, tahi bintang pun ada. Tak sempat nak buat “make a wish’ sebab semua terpaku je tengok langit. Lawak pun ada tengok expression sorang2.
Jam 1.30  pagi, kami bentang tikar panjang atas pasir, semua baring. Masa tu dah makin sejuk. Temp dalam belas2 kot. Aku yang bawak sleeping bag pun dah menggigil cam phone vibrate, yang tak bawak tu, cam nak mati kot. Hehe. Lepas tu, hampir semua orang dah tidur atas tikar tu. Aku still tak boleh tidur! Sebab sejuk sangat, sakit badan aku, dengan tanah tak rata (manja kan). Ada sekali tu, aku nampak something kecik je warna putih lompat2. Aku jerit la. Tak kuat pun, jerit tanya, bukan takut ok. Rupa2nya arnab. Pelik jugak arnab tengah2 padang pasir ni. Anjing tu ada jugak. Anjing ni seram sikit, tak tenang kot semua orang bila ada anjing tu datang dekat, nasib baik tak kacau.
Pukul 3 pagi aku nampak seseorang pegang lampu berjalan. Then, aku kejut la semua kawan2 aku balik khemah, boleh tidur proper sikit. On the way balik khemah, jumpa anjing lagi. Semua orang takut and berdiri belakang aku, aku pun takut la wehh!! Haha. Sampai khemah tu, memang terus tidur, dengan tudung pun tak sempat nak tanggal. Tapi aku pun tak tanggal tudung sebab sejuk sangat. Memang lena habis aku tidur.
Pukul 5.30 aku bangun. Alamak!! Subuh!! Nasib baik tudung dah pakai. Aku kejut je Ain and Nabilah, aku terus pergi toilet ambik wuduk, then kejut khemah2 sebelah. Sunrise pun dah entah kemana. Haha. Subuh pun masa langit dah terang, tapi nasib la tak syuruk lagi. Sebab bangun awal sikit daripada orang lain, sempat la aku ber’sunrise’ belakang khemah and ambik gambar. Pagi tu, baru aku tahu siapa jalan sorang2 pukul 3 pagi dengan flashlight phone. Hmm, berani giler jalan sorang2. Ada 2 orang kawan aku yang lelaki kata, diorang terjaga atas tikar tu, hampir semua orang dah takde, dah la bila nak balik khemah, anjing kejar. Sakit perut aku gelak dengar cerita diorang.


Pukul 7 pagi, kami naik jep, pergi tengok sandstone, ronda2 padang pasir, panjat bukit. Wadi Rum ni cantik sangat. Tak rugi datang. Pukul 8. 15 kami balik khemah dan kemaskan barang. Aku prepared breakfast, roti and jem strawberry je. Tepat 9 am, kami bertolak balik. Semua tidur je dalam coaster.

Bajet kami untuk trip ni 30jd/each. Coaster 13 jd, jep + khemah 13jd and makanan selebihnya. Sorry kalau bosan je cerita aku. Trip ni best, aku yang cerita ni je tak best, tak reti nak menulis. Huhu   Harap boleh create memories lagi dengan korang sepanjang kita di sini. Jom kita bantai semua wadi2 yang ada. *aku dah pergi wadi mujib, tapi taknak cerita sebab ada peristiwa sedih disebalik trip ke wadi mujibL *

Sunday, August 21, 2016

Abu Dhadi --> Ferrari World

Adoi.. Lambat sangat update, padahal dah hampir dua bulan berlalu. Dah nak balik Malaysia sekali lagi. Sebab malas sangat nak menulis (baca: menaip), mengarang and bla3 (aku memang pemalas). Actually aku nak cerita tentang aku transit 17 jam di Abu Dhabi (sebab aku naik flight Etihad airways) masa cuti bulan 6 yang lepas.
Seronok? Ada part yang seronok, but 60% tak seronok.. Huahua. First and last la aku transit lama kot di Abu Dhabi , unless aku nak ke Dubai pulak lepas ni. Sebab ada aje bas free from Abu Dhabi to Dubai, ye la kan, nak naik Emirates cam mahal sangat. Sobs :(

Aku transit 3 orang je. Sampai Abu Dhabi international airport dalam pukul 8.30 pagi. Settle kan passport, gosok gigi dulu, kitaorang keluar pintu. YA ALLAH!!! Panas sangat, macam 45-55 degree Celsius. Masuk semula, haha, ada air-cond. Pergi tanya macam mana nak naik bus untuk keluar dari kawasan airport tu. Dah la panas, setiap kaunter yang kitaorang pergi, tak menjawab langsung persoalan. Adoi --" memang panas jugak la hati ni. Taxi memang mahal la (baca: mahal pe bedil) Diorang kata kena guna card untuk naik bus, mesin card tu pulak dah la ada satu je, habis stok pulak card dalam mesin tu. Memang haru la. 
Masuk airport semula mengadu dan tanya nak buat cam mana. Ada yang kata 'I don't know', ada yang kata boleh guna duit tunai je. Then, kitaorang pergi ke pakcik bus, dia kata kena card jugak. Nasib baik bulan Ramadhan, tinggi sikit limit kesabaran masing-masing. Memang haru betul. Duduk sekejap dalam bus stop (nasib baik ada air-cond), tenung map. Btw, map of Abu Dhabi ada je free dalam airport tu. Discuss semula mana tempat nak pergi dulu, mana nak pergi next. Actually kitaorang dah discuss dah semua sebelum ni, tapi cam dah berterabur je semua. Keluar dari kawasan airport pun belum lagi.
Tiba-tiba, muncullah hero of the day, seorang pakcik bus yang offer untuk hantar ke tempat kitaorang nak pergi dengan percuma sebab kitaorang memang takde duit kecik dan mesin utk card tu dah innalillah. Yeah!!! Alhamdulillah. Lebih kurang pukul 10, kitaorang sampai di Yes Island. Alhamdulillah (kena banyak2 bersyukur ye). Unfortunately, Yes Mall belum buka lagi. Tapi kitaorang ternampak playground yang pagarnya terkunci. Tengok sekeliling macam takde orang. Apa lagi, panjat la pagar tu, nasib baik kitaorang tinggi je, haha (163-165cm "acah-acah model gitu). Maka terisilah masa kosong dengan bermain di playground. Hakhak. *please jangan jadi macam kami*

Pukul 11 pagi, Yess Mall buka, kitaorang jalan2 dulu *satu rahsia: kami tak puasa pun* so, pergi minum air dulu, dahaga plus panas. Ada jugak perkara memalukan berlaku, tapi tak boleh cerita.. Haha.. Memalukan rakyat malaysia betul la kitaorang ni. Astaghfirullah, ish3. Pukul 12.30, tempat yang kitaorang nak pergi sangat tu dah bukak FERRARI WORLD!!!! YEAHHH!!! Astaghfirullah, bulan Ramadhan pun pergi tempat macam tu. Hehehe. Memang best sangat. Please, tolong la datang kalau korang berkesempatan. Berbaloi baloi 260 dirham tu. Memang enjoy habis, dah la tak puasa, memang energy tiptop la untuk semua orang menjerit. 4 jam kitaorang habis kan masa di situ (Ramadhan lengang sangat orang, sebab tu cepat je, kalau tak mungkin separuh hari jugak) 



Next, kami naik taxi je Sheikh Ziyad Mosque. Solat zohor dan Asar di sana. Besar sangat sangat masjid tu. Sampai aku fikir tak practical bab tempat solat dan tempat wudhuk. Cam berjalan dari handasi ke tibb di just. Jauh sangat. Masjid ni ada escalator and ada air masak free, hilang dahaga ><

After solat and pusing sekeliling masjid, then tunggu ayah kawan arab kami. Diorang memang tinggal di sana. Ayah dia arab (Jordanian), mak dia Malaysian (Sabah). Stay disana untuk iftar sama-sama (padahal tak puasa pun). Best sangat. Mak dia masakkan nasi beriani dan kuih seri muka. Solat terawih kat rumah dia jugak, lepas tu kitaorang keluar dengan family dia untuk shopping, tapi aku tak beli apa-apa pun. Abaya kat sana mahal and not my taste. Mak dia cakap mahal, Dubai lagi murah and cantik2. Alhamdulillah sangat naik kereta ayah dia, sebab transport sangat susah and jalan pun jammed yang amat sangat.

Lebih kurang pukul 11.30 pm, kitaorang sampai airport sebab flight ke Malaysia pada pukul 2.00 am. Yeayy.. Alhamdulillah, semuanya kheir :D

*sorry takde pic lagi sebab phone aku rosak (masuk air)... Please doakan yang terbaik untuk phone aku :(

Thursday, May 19, 2016

Teka-Teki

Setiap kali baca teka-teki ni, mesti gelak sorang2. Teringat pada seorang budak ni, my one and only brother. Dia pernah bagi aku teka-teki ni. Tapi mujur kakak dia yang sorang ni bijak, pandai lagi cantik. Hahaha. 
Sebenarnya, memang rindu pada dia. Kalau buat lawak hambar, dia memang menang la. Sekarang budak tu dah besar. Tak sabar nak balik Malaysia. Jumpa nanti, dah bergelar mahasiswa. Dulu2, dia penakut. Bila malam, suka tidur dengan aku and Acik, nak tidur kat tengah2 pulak tu. Kena usik sikit, mesti menangis. Hahaha. Berbeza dengan Adik aku sorang lagi, adik dia jugak la. Terlebih berani. Merajuk sikit, nak keluar rumah, even tengah2 malam. 


IJU: Kak Ira, Boleh Iju tanya soalan?
IRA: Tanyalah.🙄
IJU: Macamana nak simpan gajah dalam almari.
IRA: Tak tahu.
IJU: Senang ja. Buka pintu almari, masukkan gajah.
IRA:😇
IJU: Nak tanya lagi.
IRA: Hmm. Tanya lah
IJU:  Macam mana nak simpan keldai dalam almari.
IRA: Oh senang ja. Buka pintu almari, masukkan keldai.😀
IJU: Salah... Kena keluarkan gajah tu dulu.
IRA: Amboi, main2 ya.😳
IJU: Mana ada.

IJU: Kak Ira, Kalau singa buat birthday party, semua binatang pergi, last sekali siapa yg tinggal.
IRA: Tinggal singa lah, sebab dia makan habis  binatang2 tu.
IJU: Salah. Keldai, sebab dia masih lagi dalam almari.
IRA: Ishh... Kamu ni.😤

IJU: Soalan last.
IRA: Ok.
IJU: Mcmana cara nak berenang kat sungai yg banyak buaya.
IRA: Tak ada cara. Saya kena guna bot.
IJU: Salah. Berenang je lah.
IRA: Nak mati kena makan dgn buaya ka.😳
IJU: Tak mati lah. Kan semua binatang pergi bithday party singa.
IRA: 😡👃💨💨

😂😂😂😂😃😃😃😃

Thursday, March 10, 2016

Aku Bukan Dentist >_<

Hari ni aku pergi scaling gigi. Dentists kata gigi aku cantik dan bersih. Hahaha. Masa aku kecik2 dulu, dari umur tak sampai setahun, mama selalu bersihkan gigi aku. Sebab tu la semua adik-beradik aku gigi cantik masa kecik. Masa besar??? Takkan mama nak jagakan jugak, pandai2 lah jaga sendiri. 
Papa selalu pesan "brush your teeth before solat" (speaking cikit, papa kan). Papa memang la berus gigi tiap kali before solat. Tapi aku malas sikit (sikit je). So, prinsip aku kalau hari puasa aku gosok 2x (pagi dan malam) kalau hari tak puasa 3x (pagi, petang, malam)

Cara gosok gigi kena betul, ada
- horizontal 
- vertical 
- circular 
Kalau tanya aku, memang aku buat semua cara tu. Tempoh gosok gigi paling kurang 2 minit. Gosok semua gigi tau, kat celah2 tu jugak.
Cara jaga gigi ni, bukan gosok je, ada 
- mouthwash 
- Floss
- Ubat + berus gigi 
- Scaling 6 bulan sekali 
Tu yang aku tahu la, lagipun aku bukan dentist, nanti kena saman pulak sebab bagi instructions salah--"


Jaga gigi elok2, gigi ni bukan ada galang ganti. Memang ada gigi palsu, tapi gigi sebenar lebih baik dan selesa. Duit pun tak habis. Kalau jadi mak, jaga gigi anak2 elok. Nanti tumbuh senget benget je, bila besar kena pakai braces, mahal tu. Baik simpan duit buat sedekah. Hehehe...

Notes:
1. Primary teeth: 20
2. Permanent teeth: 32

Aku ni, instead of tengok muka orang cantik, baik tengok gigi dia. Hahaha. Lagipun aku ni manusia yang malas sikit kisah pasal muka cantik2 or makeup ni, pencuci muka pun takde (cukup la wudhuk menyucikan wajahku... Hakhak) bedak lagi la takde. Tapi, gigi kena jaga.. 

Tuesday, February 16, 2016

Donuts

It's great!!! 

What?

Aku buat donuts!!!
One word: Alhamdulillah 
Bersyukur sebab dapat fight rasa malas. Resepi? Of course la nak share kat sini 



Bahan-bahan:
2 sudu besar susu tepung 
1 paket yeast (10g)
3-4 cawan tepung
1 biji telur 
1 cawan air suam
6 sudu gula
2 sudu besar butter 
Gula halus (blend)

Cara-cara:
Campur yeast, gula, susu and air suam. Tunggu yeast berbuih selama 10 minit. *air kena suam, kalau sejuk yeast tak hidup, kalau panas sangat mati --"
Sambil tunggu yeast, cairkan butter.
After 10 minutes, campur semua bahan2. Tepung tu, letak sikit2. Letak tepung and uli dough sampai tak melekat pada tangan or melekat sikit2 je.
Tutup bekas dough and tunggu selama sejam. Tunggu dough kembang. Seronok sangat tengok >_<
After that, boleh la bentuk2 kan dough tu. Mula2 memang buat bentuk donut, lama2 letih so aku buat bulat2 je.. Hahaha 
Goreng and gaul dengan gula halus 

Friday, February 5, 2016

Ardu Kinanah

Alhamdulillah... Letih, tapi seronok sangat. Banyak ibrah yang dapat. Mana tak banyaknya, travel ke bumi yang digelar ardu kinanah. Kinanah tu maksudnya busur panah. Terlalu banyak cerita tersembunyi di tanah gersang itu. Mungkin tak semua yang dapat aku bongkarkan sepanjang 8 hari disana, namun itulah yang aku mampu. 
Bila travel ke sana, terbayang2 pulak movie ayat2 cinta, ketika cinta bertasbih, warkah cinta. Hahaha... Gatal betul. (Sedih jugak tak menyempat cari mas fahri seorang :p)

Daripada cerita zaman firaun dan piramid, kisah salahuddin al-ayubi, imam syafie sehingga kisah morsi. Amazing. Memang tempoh seminggu tu tak cukup, sebab cuti memang sekejap. Tempat yang sempat aku and travelmates sempat pergi ialah Cairo, Alexandria, Tanta, Dahab, Nuweiba dan Sharm el-Sheikh. Bajet yang kami habiskan lebih kurang 500jd (rm3000) termasuk ticket flight (bukan ticket from Malaysia la)



Di Alex selama 2 hari, ex-schoolmates yang jadi tour guides kami. So, memang jimat. Berhabis untuk entrances dan shopping tudung2 je. Btw, kalau nak shopping tudung di Egypt, tempatnya ialah di Alex. First, kami pergi Bibliotheca Alexandria, a big library (2le). Sempat tengok sunset di Montazah (12le), cantik sangat sebab tepi laut. Kami pergi jugak makam2. Banyak jugak, termasuk makam Nabi Daniel, Lukman Hakim, 15 wali, ulama'2 besar pun ramai. Alhamdulillah. Pesanan aku, kalau pergi ke makam orang2 alim ni, ambil la jugak peluang untuk berdoa semoga kita termasuk dalam golongan2 seperti mereka yang Allah bukakan hati untuk mendalami ilmu2 Allah yang sangat banyak. Kami lawat jugak Citadel of Qaitbay (15le) and naik bot kat sana. Nak pecah perut jugak aku makan seafood kat Alex ni. Yummy...



Di Cairo 2 hari jugak, after balik dari Alex. Alhamdulillah, mungkin rezeki kami untuk jumpa seorang ustaz yang luas pengetahuannya, ustaz Zahari. Beliau yang bawa kami round Cairo untuk first day. Terlalu banyak ilmu yang beliau shared dengan kami. Terima kasih ustaz :D Beliau bawa kami ke makam imam syafie dan kongsi kisah2nya, Giza pyramids(40le) dan shared kisah musa serta firaun, ke tempat buat kertas daripada pokok papyrus, kilang perfumes 100% original (sempat jugak beli perfume untuk mama), pergi ke Citadel of Salahuddin (30le). Masjid2 pun banyak, masjid Ali basyhar (sebijik cam masjid kat turki), masjid 4mazhab, masjid Hussein dan banyak lagi. Malam, kami shopping di pasar khan khalili a.k.a pasar husin. Second day, kami jalan2 dengan ustaz lain pulak. Kami pergi madrad kutub (book fair), sempat la memborong 4 buah buku yang hampir 10 kg. Huhu, berat sangat. Jalan2 di Al-Azhar park (10le), pergi makam Zainab cucu Rasulullah. 
Ustaz cakap, mesir ni ada lebih kurang 90 juta rakyat, lebih 1 juta adalah tentera tak termasuk polis lagi. Mana2 je ada tentera. Pemimpin mesir daripada zaman firaun hingga Hosni Mubarak memang tentera, so Morsi adalah presiden awam pertama.  Sebab tu, andai pemerintahan mesir berubah, pemerintahan negara2 Middle East pun akan turut berubah kerana tentera ramai. Pelancong tak putus2 datang, bayangkan Giza pyramids tu tak pernah tutup, setiap hari akan dibuka. Memang betul, aku pergi mesir, penduduk memang crowded sangat2. Pening kepala nak brain situasi tu. 
 


After solat jama3 maghrib dan isyak, kami ambil train ke tanta. Di tanta tu, kami nak ke Dahab actually. Tanta ke Dahab 12 jam. 10 pm bertolak, 10 am esoknya baru sampai. Memang sakit badan tidur bangun tidur bangun dalam bas --" Adoi. Di Dahab, kami stay di Miami Beach Hotel. Kat Dahab ni, kami memang enjoyed sangat. Kami ke Nuweiba panjat2 red and white canyon hampir 2-4 jam. Makan makanan Arab badwi di padang pasir. Ada jugak yang snorkeling, tapi aku tak join la. Malu la perempuan snorkeling, off course la ada lelaki kat pantai tu. Kami drive atv di padang pasir dan tepi pantai. Yang ni moment paling best. Shopping di Dahab pun best, sweaters kat sana murah. Hehe, siap boleh tulis nama. Di Dahab, Kami stay 4hari, 2malam ni hotel, 2malam atas bas.



Last day, kami di Cairo. Jumpa kawan2 and family travelmates yang ada di mesir ni. Aku sempat jumpa bestfriend aku, Maisarah dan makan nasi kerabu ikan keli dan roti canai telur. 

Ada lagi tempat2 dan benda2 yang tak cerita or terlupa nak cerita. Panjang sangat. Btw, aku sempat kena travel diarrhea kat mesir ni. Memang sakit. 1st time kena walaupun dah 3x travel. Huhu. 10x ulang alik ke toilet --". Travel ni betul2 mematangkan diri. Percayalah, 10x korang travel, 10x jugak akan jumpa problem lain2 even dah plan superb punya. Problem tu bukan yang biasa2, kadang2 rasa nak pecah kepala fikir solution nya. Apapun, Allah ada. Kat mana2 pun kita boleh dapat ibrah. Hanya dengan experiences je kita tahu semua ni. 

Nota hati: 
Ilmu yang sebenar-benarnya akan melahirkan khosyah (takut pada Allah).
Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah takkan dapat oleh orang yang membuat maksiat.


Wednesday, January 20, 2016

"Apakah yang lebih kuat....?"

Tarmizi dan Ahmad merekodkan satu hadith yang menyatakan ketika Allah menjadikan bumi, ia pun bergegar. Kemudian Allah menciptakan gunung. Kekuatan yang diberikan kepada gunung itu menyebabkan bumi terdiam. Hal ini menghairankan para malaikat sehingga mereka bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?" Allah menjawab, "Ada iaitu besi." Kita maklum gunung batu menjadi rata apabila digerudi dan dihancurkan oleh jentolak ataupun kenderaan sejenisnya yang diperbuat daripada besi.

Para malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?" Allah menjawab, "Ada iaitu api." Kita maklum besi serta keluli cair dan mendidih selepas dibakar dengan bara api.

Para malaikat terus bertanya, "Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?" Allah menjawab, "Ada iaitu air". Kita maklum api yang membara sebesar mana pun akan padam apabila disiram dengan air.

Para malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?" Allah yang Maha Bijaksana menjawab, "Ada iaitu angin." Kita maklum air di lautan luas serta-merta terangkat, bergulung gulung dan menjadi gelombang besar yang dahsyat lalu menghempas batu, kapal besar, dan perahu yang sedang berlayar terumbang ambing akibat kekuatan angin. Angin memiliki kekuatan yang amat dahsyat.

Para malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada semua itu?"

 

Allah menjawab, "Ada iaitu anak Adam yang memberi sedekah dengan tangan kanan sementara tangan kirinya tidak memgetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanan".


Daripada buku Indahnya Kematian oleh Bisri M. Djaelani







Saturday, January 9, 2016

Bihun Goreng

Actually aku bosan sekarang. Weekend kan, daripada pagi menghadap lecture notes. Tiba2 rasa teringin nak update blog, malangnya tiada idea. So, nak share resepi one of my favorite food.. Huhu

Bahan2:
Bawang putih 2@3 ulas (diketuk)
Bawang merah
Halia 
Cili kering
Udang kering
--> blend 4 bahan tu
Air asam jawa 
Ayam (dipotong kecil)
Kicap 
Sayur-sayuran: carrot, sawi, kobis etc
Bihun (rendam dulu)
Garam, Gula

Cara2:
1. Panaskan minyak and tumis bawang putih.
2. Masukkan bahan2 yg di blended.
3. Masukkan air asam jawa and ayam (bagi masak sikit)
4. Masukkan sayuran berbatang, kicap, garam, gula 
5. Masukkan bihun and sayuran berdaun.
Kacau2 sikit, tunggu masak, SIAP!!!

*kalau aku malas sangat potong ayam tu, aku potong sosej je letak. Huhuhu... Kalau ada sotong or udang pun best


biar lah gambar tak menarik, asalkan sedap.. Ihiks