Wednesday, January 20, 2016

"Apakah yang lebih kuat....?"

Tarmizi dan Ahmad merekodkan satu hadith yang menyatakan ketika Allah menjadikan bumi, ia pun bergegar. Kemudian Allah menciptakan gunung. Kekuatan yang diberikan kepada gunung itu menyebabkan bumi terdiam. Hal ini menghairankan para malaikat sehingga mereka bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?" Allah menjawab, "Ada iaitu besi." Kita maklum gunung batu menjadi rata apabila digerudi dan dihancurkan oleh jentolak ataupun kenderaan sejenisnya yang diperbuat daripada besi.

Para malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?" Allah menjawab, "Ada iaitu api." Kita maklum besi serta keluli cair dan mendidih selepas dibakar dengan bara api.

Para malaikat terus bertanya, "Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?" Allah menjawab, "Ada iaitu air". Kita maklum api yang membara sebesar mana pun akan padam apabila disiram dengan air.

Para malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?" Allah yang Maha Bijaksana menjawab, "Ada iaitu angin." Kita maklum air di lautan luas serta-merta terangkat, bergulung gulung dan menjadi gelombang besar yang dahsyat lalu menghempas batu, kapal besar, dan perahu yang sedang berlayar terumbang ambing akibat kekuatan angin. Angin memiliki kekuatan yang amat dahsyat.

Para malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan kami, adakah terdapat dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada semua itu?"

 

Allah menjawab, "Ada iaitu anak Adam yang memberi sedekah dengan tangan kanan sementara tangan kirinya tidak memgetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanan".


Daripada buku Indahnya Kematian oleh Bisri M. Djaelani







Saturday, January 9, 2016

Bihun Goreng

Actually aku bosan sekarang. Weekend kan, daripada pagi menghadap lecture notes. Tiba2 rasa teringin nak update blog, malangnya tiada idea. So, nak share resepi one of my favorite food.. Huhu

Bahan2:
Bawang putih 2@3 ulas (diketuk)
Bawang merah
Halia 
Cili kering
Udang kering
--> blend 4 bahan tu
Air asam jawa 
Ayam (dipotong kecil)
Kicap 
Sayur-sayuran: carrot, sawi, kobis etc
Bihun (rendam dulu)
Garam, Gula

Cara2:
1. Panaskan minyak and tumis bawang putih.
2. Masukkan bahan2 yg di blended.
3. Masukkan air asam jawa and ayam (bagi masak sikit)
4. Masukkan sayuran berbatang, kicap, garam, gula 
5. Masukkan bihun and sayuran berdaun.
Kacau2 sikit, tunggu masak, SIAP!!!

*kalau aku malas sangat potong ayam tu, aku potong sosej je letak. Huhuhu... Kalau ada sotong or udang pun best


biar lah gambar tak menarik, asalkan sedap.. Ihiks