“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya ke jalan Allah, maka berilah khabar gembira kepada mereka dengan azab yang pedih, iaitu hari di mana emas dan perak itu dipanaskan di dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, rusuk-rusuk dan punggung-punggung mereka, dan dikatakan kepada mereka: ‘Inilah harta benda yang kamu simpan untuk diri kamu, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu’”.
(at-Taubah: 34-35)
Sabda Rasulullah s.a.w.;
من آتاه الله مالا فلم يؤد زكاته مثل له ماله يوم القيامة شجاعا أقرع له زبيبتان يطوقه يوم القيامة ثم يأخذ بلهزمتيه ثم يقول: أنا مالك أنا كنزك
“Siapa yang dikurniakan harta oleh Allah namun tidak ditunaikan zakatnya, akan dijadikan harta itu untuknya pada hari kiamat sebagai seekor ular yang licin/botak kepalanya dan mempunyai dua taring. Ular itu akan membelit lehernya, kemudian menggigit kedua rahangnya serta berkata; “Akulah harta kamu. Akulah harta yang kamu simpan”.
(Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)
Okey...terasa nak update post malam ni...actually sebab nk overcome stress cikit lepas exam hari ni,, haha..padahal exam nye belum habis lagi..hmm..tapi, pelik kan kenapa tajuk post aku zakat.. Padahal semua orang riuh pasal New Year of 2015!!! Uuuu... Ok2.. Aku post jugak poster tahun baru.. *nah, ambik kau..tapi, x biru sngt
Aku ter excited sebab dah bijak lagi pandai mengira zakat...hmm..zakat simpanan la..aku budak lagi (masuk tahun baru ni, rasa tua ckit) tp, sebab ada duit yg tajaan (baca: pinjaman) yang orang bagi.. So, aku terfikir la untuk check acc aku..bimbang jugak kalau nisab duit aku tu dh patut bayar zakat...haul, off course la dh lebih (setahun)., aku pun takut dengan azab Allah bagi orang2 yg x bayar zakat ni.. :(
So, aku pm la seseorg (budak ikhtisod a.k.a akauntan) tanya dia pasal zakat2 ni... Okey...aku mengaku yang aku budak sekolah agama,,,yg ambik PQS + PSI..yg dapat result gempak giler bila exam (poyo) Tp, bila dh habis exam..ada duit,,suruh kira zakat pun tak reti nak apply kan semua yang dah belajar... Malunya dengan Allah... 😔😔
Sedikit yang aku boleh share la..
>>first of all, cari bank statement korang (online banking pun ada)
Haul/ Tempoh: setahun
Nisab/Kadar yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk 2014: RM 11465.00
(aku bayar zakat untuk 2014 punya la..sebab dah masuk 2015)
--> mesti korang akan tnya total tu nak tengok kat mana..kan?? Mengaku je la.. Jumlah tu ialah jumlah paling rendah dalam acc start daripada duit dalam acc melebihi haul..kalau x faham jugak, pm aku la.. Tapi kalau korang ada banyak acc, tambahkan semua duit dalam semua acc tu..start daripada duit2 yg ditambah melebihi nisab itulah yg diambil kira..
Daripada total haul tu, total yang kena bayar ialah 2.5% (ckit je kan compare duit korang yg melimpah tu)
e.g: start bulan 8/2013 korang ada duit melebihi nisab yg ditetapkan..so, tngok bank statement korang daripada 8/2013-8/2014.. Cari the lowest amount within the duration..kalau still higher than nisab, maksudnya korang perlu bayar zakat..kalau x, xperlu lah...kalau perlu, ambil calculator...kira 2.5% daripada the lowest amount tadi..
Then....BAYAR LA...
Insya-Allah...banyak kelebihan zakat ni..(yg aku mampu list sendiri ini)
1. Terhindar daripada azab Allah SWT
2. Membersihkan harta
3.Menyucikan jiwa si pembayar
4. Dapat menolong orang2 yang tidak mampu (asnaf zakat)
Note:
ASNAF ZAKAT
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil (orang yg dilantik utk menyelenggara zakat)
4. Muallaf
5. Riqab (hamba yg ingin memerdekan dirinya)
6. Fisabilillah (dijalan Allah)
7. Gharimin (orang yg berhutang yg keperluan asasi)
8. Ibn Sabil ( orang yg diperjalanan tetapi tiada perbelanjaan)
*zakat bukan isu yg boleh diambil remeh..kerana salah satu daripada rukun Islam