Monday, December 21, 2015

Quotes

Men do not die from overwork. They die from dissipation and worry.

Every sunrise is an invitation for us to arise and brighten someone's day 

Our life is what our thoughts make it 

I had the blues because I had no shoes, Until upon the street, I met a man who had no feet 

Stop your growling and grumbling, many people outside wish they were in your shoes 

Learning to be happy about what you had instead of worrying over what you lacked

Count your blessings, not your troubles 

Never leave a true relation for a few faults. Nobody's perfect. Nobody's correct

To handle yourself, use your head; to handle others, use your heart




Wednesday, December 2, 2015

Peringatan Untuk Aku Yang Lalai

Dapat mesej dari seorang junior,

" Kak farah boleh tak nak ambil masa kak farah kejap, nak jumpa boleh?"

Hairan juga, jarang adik seorang ini nak jumpa. Jadinya saya balas sekadarnya sahaja.

" Okay, see you then..."

Bila sampai di depan tempat yang dijanjikan, saya tengok dia sedang memegang buku.

" What happened?" Saya sapa dia sambil senyum.

Kami update keadaan masing-masing, sampailah dia kata,

" Penat ..penat sangat kak farah, macam tak boleh nak go on. Siang malam pagi petang, tak habis, nak kena hafal itu, hafal ini, terms bukan main banyak nak kena hafal.."

Kemudian dia lepaskan keluhan panjang. 

Saya pula kasihan tengok dia.

" I feel you dik.." Saya pegang tangannya.

Bila begitu, tak tahu nak kata apa. Cuma kongsikan apa yang saya belajar dulu.

Flashback. Tiba-tiba teringat peristiwa itu..

*********
" Pre frontal cortex rostral to the motor cortex.. Cerebral cortex..convulated...sulci..fissures..gyri.." 

Tiba-tiba Dr. H berhenti.

" Okay now, can anyone recite surah Al-Alaq for me..?"

Semua diam. Masing-masing pandang sesama sendiri.

" I mean, I'm looking for a guys.."

Seorang pemuda dari Turki itu mengangkat tangan dan membacakan surah Al-Alaq.

Kami semua terdiam. Masya Allah, meremang saat mendengar bacaan al-Quran daripada pemuda tersebut. Wallahi, terasa mahu mengalirkan air mata. Sangat merdu dan terasa di hati.

"Iqra! Bismi rabbikal lazi khalaq..." Sampai ke akhir ayat, dengan alunan, tajwid dan tartil. Sungguh mengagumkan.

"So, what do you think? How this can be related to our frontal cortex?what does physiology tell us about the function of this area? Anyone?"

Saya angkat tangan.

" Well, turn to the basic one. Verse 1, Read, in the name of your lord! Seeking knowledge which involved in executing higher cognitive functioning."  Saya pandang tepat Dr. H.

" That's very good Farah. Well, read in the name of your Lord! How many of us seeking knowledge because of Him? How many of us doing something just to please Him? How many of us have that intention to help others because of Him?" 

Ya Allah. Saat itu kami semua terdiam. Mahu mengalir juga air mata mendengar kata-katanya. Meremang, saat itu terasa badan seram sejuk semuanya.

Saya diam. Selalu begitu, buat revision pun boleh mengalir air mata, sebab terasa sangat dengan kebesaran Allah tu.

After all, the more we studied, the more we keep thinking about Him.  But then, it came when I realise something, that in our lives there will be ups and downs. Those falling, mistakes they are what make us humans. 

Hamba Allah yang lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan-Nya.

And the answer is rather simple, we are all seeking His redha, albeit the rather complicated and challenging path.So, always remember this ayah,

"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah" (Az Zumar verse 53)

Insya Allah. Have faith! 😊



*copy paste daripada fb Kak Nur Farah Ahmadi

Sunday, November 29, 2015

Cintan Cintun

Semalam sangat letih. Ada program 2 hari. Tidur pun awal daripada biasa. Bangun pagi baru tengok WhatsApp. Banyak jugak notifications, tapi macam biasa group family mesti paling banyak. Tiba-tiba ternampak satu notification daripada sahabat sekolah. 
"Assalamualaikum. Nak mintak tolong sikit. Nasihat dan cara nak hilangkan seseorang daripada hati. Dah 2 tahun, still tak boleh move on. Lebih- lebih lagi sekarang jadi classmate" 

Dushhh.... Sentap dan termenung sekejap (lama jugak sebenarnya)
Perahkan otak, fikir dalam dalam. Memang tak ada idea langsung masa tu. So, aku memang tak reply lagi. After selesai bersiap nak gi jamiah, ada 10 minit lagi, aku cuba reply.
Bismillahirrahmanirrahim

"Waalaikummussalam...alahai soalan... Susah jugak tu.. Saya pun taktau nak cakap ape.. Kalau berlaku dalam saya sekarang, busy kan diri sendiri n tekad kan dalam diri malas nak fikir pasal semua ni.. Ye la, smua kawan2 sekarang dah ada crush, boyfriend... Ada yang dah kahwin.. Saya sedar yang saya belum bersedia untuk semua ni.. Tapi ingat, perasaan cam tu fitrah. Dgn syarat kena manage betul2.. Bimbang jadi fitnah or zina hati.. Banyakkan solat taubat n doa andai saat kita terlalu asyik sayangkan dia, kita terlupa akan sayangkan Dia... InsyaAllah kheir. 
Sorry la... Saya pun tak reti nak bagi nasihat.. Kadang2, diri sendiri pun susah nak jaga hati.. Ye la kan, hati perempuan.. Doa la supaya Allah tetapkan hati n jauhkan dari perkara2 yang tak sepatutnya.."

Memang nampak biasa je kan jawapan tu? tapi untuk aku memang kena perahkan otak jugak. Dulu zaman sekolah, dialah sahabat yang selalu tadahkan telinga untuk aku bila aku ada masalah. Sekarang dia pula ada masalah. InsyaAllah, aku akan tolong walaupun sikit. 
Tapi, balik jamiah tadi aku pulak terfikir, mungkin Allah gerakkan hati dia untuk tanya aku soalan cam tu sebab Allah mahu aku sendiri jaga hati. Alhamdulillah, sejak masuk university, Allah tak uji aku dengan masalah2 cam tu. Aku pun malas nak layan. Walaupun kadang2 ternampak yang handsome2 tu, cepat2 istighfar.. Hehe.. Gurau je.


Nota hati:
Tegas akan diri sendiri, buang pikiran negatif dan lakukan yang baik. Kegelisahan hanya milik mereka yang putus asa.


Monday, November 16, 2015

Turned 20

Pong...Pong...Pong!!!!
Dah lewat la.. Dah 16 November.. (Dah tua)


Nampak gambar kat atas tu?? Hakhak... 
Maksudnya birthday aku dah lepas la. Hmm.. Gembira?? Tak kot.. Tipu la tak gembira.. FINE!! Ada jugak la perasaan gembira, tapi sedih lagi banyak. Sebab dah capai umur angka 2 kat depan. Alahai.. Dah tua rupanya.. Huhu

Ok... Macam biasa, aku manusia yang suka orang ingat birthday aku.. Hahaha.. (Gelak kuat2).. Terharu kot. Lagi terharu sebab orang first pm aku wished ialah Mr Crush... My one and only brother actually. Budak tu tengah spm. Sempat lagi tunggu pukul 12 malam nak wish pada his beloved sister yang cute ni (perasan). About a couple days before my birthday, aku dah called mama. Mama terus wished.. Mana aci. Aku bagitau la yang aku akan call balik 11hb nanti tuntut semula. Hehe... Aku minta jugak hadiah daripada kakak2 aku, entah la diorang tu, beli ke tak. (Mohon beli before aku balik)
Ok... Citer housemates pulak. Tahun lepas diorang kejut aku bangun subuh. Bila aku terjaga je, diorang terus nyanyi kuat2. (belum azan subuh lagi actually). Tahun ni aku tengah best berbungkus dalam hirom sebab winter yang sangat sejuk lagi menyejukkan, diorang datang nyanyi kuat2 lagi. Mestilah terharu... Nak nak nangis pun ada (tipu)
Next, sahabat2 bcl (bcl tu ada maksud tersendiri). Diorang called housemate aku waktu antara maghrib and isyak. Aku tengah downloaded slides. Tiba2 blackout. Aku relax je la, takde la takut pun. Cuma geram la internet terputus. Huhu.. Lepas 10 minit, diorang masuk bilik aku dengan nyanyi2 (kenapa la manusia2 ni suka sangat menyanyi?). Marah aku sebab tak menjerit bila blackout, tak jadi la prank diorang. Adoi, pondan je yang suka jerit2 ni.. Hahaha.. Terharu jugak... Tapi diorang celebrated lambat.. 15hb. Saja kasi aku tertunggu2. Macam2 la semua orang.. Btw, sayang semua orang.
---------------------------------------
Called mama
Mama: Ira dah 20
Ira: taknak!! Tua.. :(
Senyap 
Ira: mama, ira dah 20. Dah 20 tahun mama jaga Ira. Mesti banyak buat salah. Maafkan Ira. (Yang ni sumpah nak nangis, tapi tak jugak)
Mama: ye.. Mama maafkan 
:(

Setiap detik, masa akan terus berlari. Berlari selaju mungkin. Selaju yang tak akan ada yang boleh mengejar.
Tuhan memberi peluang aku hidup hingga sekarang. Tapi, esok??
------------------------------------ 
Pada hari yang sama dengan birthday aku, ada senior aku meninggal. Sebab: SLE (google sendiri)
Aku terfikir jugak, bersedia ke aku dengan alam barkzah?? 
Jawapan: Tak 😣😣😣

Nota hati:
"Sesungguhnya hati manusia berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah? Rasulullah menerangkan: membaca al-Quran dan mengingati mati"
(HR Al-Baihaqi)



Sunday, October 11, 2015

"Aku takut la"


"Don't study with a fear of failing, study with the HOPE of succeeding"


Aku tak nafikan, makin lama makin aku sedar yang aku belajar sebab takut. Takut dengan kegagalan, takut dengan kekecewaan, takut dengan orang2 sekeliling. Semua tu kadang2 terasa macam menghantui aku. Hmm... 
Setiap kali aku called mama dan papa, aku sangat perlukan semangat. Semangat untuk meneruskan segala-galanya. Aku juga perlukan doa mereka. Aku mesti ingatkan mereka untuk doakan aku. Walaupun aku sedar yang mereka tak pernah berhenti untuk selalu doakan aku, tapi aku tetap ingatkan mereka. Hehehe... 
Kadang2 tengok buku pun rasa cuak. Ye la, buku bertimbun2. Kalau susun elok2, mungkin dah capai tinggi semeter buku2 tu. Hyperbola. 
Pernah sekali aku tidur rumah kawan, masa study week. Aku mengadu la pasal takut tak bertempat aku ni pada kawan aku tu. Dia bagi aku satu video, video Dr Muhaya. Memang talk tu pasal 'takut'. Takut pada macam2 benda. Aku dah tak ingat sangat semua point dalam video tu, tapi aku paling ingat Dr Muhaya pesan kalau kita letakkan Allah pada segala hal, InsyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Sebab dah tak ada benda yang kita perlu takut selain Allah. Kalau nak exam sekali pun, usaha sungguh2, letak kebergantungan pada Allah. Semua OK.

Aku selalu jugak selalu rasa insecure dengan orang lain.
 "Dah la cantik, bijak pulak tu, baik lagi, kaya jugak....bla3" 
Itu memang perangai aku. Hmm.. Nampak sangat tak pandai bersyukur. Alahai.. Sebab tu aku kena muhasabah sorang2 selalu. Jangan tengok orang yang lebih je, kena pandang jugak orang yang tak ada apa2 berbanding aku. Walaupun aku tak cantik, aku ada family yang bahagia. Walaupun aku tak bijak, aku ada tubuh yang sihat untuk berusaha lagi. Walaupun aku tak kaya,  Allah telah banyak permudahkan urusan aku. Walaupun aku yang solehah macam orang lain, aku masih ada peluang untuk jadi baik jugak. (Semoga hidayah Allah terus mengalir dalam diri aku)

*Lama jugak tak update,,, seronok jugak update kat sini. Takkan nak update panjang kat fb. Bikin malu je,,hakhak*

Nota hati:
Enjoy everything you do,
Love everything you create,
Put your trust in Allah too,
Everything's going to be great.






Thursday, August 6, 2015

Rose Bīru

Don't be afraid to talk about love, don't be afraid to fall in love, because love is a gift. Allah who created it have prepared the ways to respond it. 

Salah siapa??

Balik Malaysia hari tu, aku pergi Shah Alam. Jumpa Syasya. Kitaorang berbual2 pasal banyak benda. Cam biasa, compare everything. Compare Malaysia n Urdun. Compare Malaysia dulu dan sekarang. Antara benda yang paling aku ingat, Syaysya timbulkan satu istilah 'ibu modern'. Aku tak tahu la istilah tu wujud or tak. Tapi, antara dialog Syasya yang aku ingat (tambah tolok sikit2)

"Saya rasa sangat berbeza Malaysia dulu dan sekarang. Contohnya bila balik Malaysia ni, saya perasan dan lihat ramai 'ibu modern'. Takut dan bimbang. Diorang tu, ibu2 muda (or tak berapa nak muda pun boleh la) yang sangat bergaya. Bergaya mengalahkan anak dara (versi barat la). Ye la kan, diorang kan ibu. So, mula2 tengok, macam pelik. Sebab tengok pakaian cam tu dan bawak anak2 kehulu kehilir. Saya bukan nak judge diorang, cuma takut dan bimbang. Risau la. Kesian pun ada jugak. Bukan pada diorang, tapi pada anak2 diorang actually. Anak2 sepatutnya mendapat didikan dan role model yang terbaik daripada parents diorang. Macam mana diorang observed masa kecil, itu akan membentuk diorang. Kalau diorang tengok parents diorang begitu, diorang akan anggap semua tu a'di. Sepatutnya, anak2 perlu diberi didikan agama yang sebenar."

********************************************************************

Actually, aku teringat balik semua ni sebab banyak sangat isu2 ummat (especially in Malaysia) yang berlaku. Bukan isu peperangan, tetapi isu2 tentang masalah social. Terbaca satu post semalam tentang budak sekolah rendah telah melahirkan anak membuatkan aku tak senang duduk. Aku baca jugak komen2 daripada doctors, pakar2 kaunseling, motivator etc. Perkara ini, bukan semalam baru berlaku, tetapi dah lama. Dah lama membusuk dalam ummat hari ini. Awak, ummat semakin tenat.

SALAH SIAPA??

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Saturday, July 25, 2015

Aku dan Currency

Tulisan kali ini lebih kepada diri sendiri supaya bila baca, beringat sikit. Sebab aku budak yang dapat scholarship, so aku kena faham "aku sedang guna duit rakyat Malaysia" 😔😔😔

1. Ada terbaca kisah students yang terpaksa buat kerja sambilan utk tambah duit poket.
2. Akak rumah aku kata, students before 5 tahun yang lalu, duit poket diorg half poket kitaorang sekarang. Diorg memang tak pergi travel. Simpan utk balik Msia je.
3. Sekarang banyak talk pasal pengurusan wang secara berhemah. (Aku tak pernah pergi pun walaupun jauh disudut paru2 rasa nak pergi)
4. Ramai yang sanggup berhabis utk kepuasan diri walaupun sedar itu hanya kemahuan bukannya keperluan tapi tak sanggup spend sikit utk sedekah.
5. Ada juga yang duit poket dah banyak, tapi still tak cukup, sampai mak bapak kena cover lagi.
6. Isu duit Msia jatuh, kau yang paling kecoh, tapi masih lagi menjadi manusia yang tak reti berjimat.

*aku tak pernah sampai kena buat kerja sambilan. Alhamdulillah. Kalau aku dapat 2x ganda duit berbanding senior, sepatutnya aku boleh save duit aku, kalau tak half pun se per empat pun jadilah. Kalau pergi talk pengurusan wang, tapi tak apply dalam hidup, pergi mampus la (sorry, terkasar pulak). Kalau asyik nak puaskan diri sendiri, pikir sikit orang yang kurang mampu. Duduk sekejap dan pikir, duit kau dapat utk tanggung kau sorang, duit mak bapak kerja tanggung diri diorang dan anak2 yang lain lagi, takkan kau tak reti2. Masing2 jugak kena sedar utk prepare duit utk emergency situation. Kalau ape2 berlaku, macam mana??

*target aku, bila dah graduate nanti ada duit sekurang2nya RM35k dalam acc.

*3x cuti sem: 
1. Balik Msia (cuti paling panjang)
2. Travel
3. Mereput sorang2 di bumi aku berada sekarang


"Sesungguhnya orang2 yang membazir itu ialah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya"
{17:27}



Wednesday, July 22, 2015

Pendosa Itu Aku

Murid Iman Ahmad pernah bersyair kepada gurunya:

إذا ما قال لي ربي
أما استحييت تعصيني؟
وتخفى الذنب من خلقي
وبالعصيان تأتيني؟
Ketika Tuhan berkata kepadaku,
Tidakkah kau malu bermaksiat kepadaKu?
Kau sembunyikan dosa daripada makhlukKu,
Tapi dengan penuh noda kau menghadapKu?


Saturday, July 4, 2015

Papa dan Ramadhan

Suatu hari on the way balik dari surau lepas solat terawih...
*malam ni aku dan papa je pergi terawih, mama kat rumah

Aku: Papa, rumah guru belakang sekolah tempat Ira lahir dah diroboh kan?? Sedih kot.
Papa: Ira tau tak, masa Ira lahir dulu, papa la yang sambut.. Nurse ada tengok.
Aku: Betul ke ni?? *muke tak percaya* 
Papa: Ishh... Betul la. Lepas lahir baru called mak bidan. Mak bidan bukan main marah lagi pada papa dan nurse tau sebab tak call dia awal2.. Hahaha
Aku: *masih dengan muke tak percaya*
Papa: Dulu, masa papa belajar di maktab lagi, papa pernah join satu kursus. Kursus tu dengan nurse2. Masa tu, ada la dia ajar la deliver baby ni. So, sebab dah pernah belajar, papa cakap la pada nurse to yang papa berani je sambut Ira masa tu.
Aku: *macam dah percaya sikit*

(Balik rumah, terlupa nak confirm kan dengan mama betul tak cerita tu)

nota hati:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan mama dan papa



Thursday, June 25, 2015

Alahai Daun Pandan

Masuk dapur, mama mintak tolong ambikkan daun pandan di belakang rumah. Tanpa banyak songeh, aku terus ambik pisau n pergi belakang rumah.

Dengan penuh yakin aku potong sehelai daun. Kemudian, aku tengok betul2 n pelik kenapa daun ni macam lembik n tak tajam macam biasa. Bila try hidu, takde bau apa2 pun. Lantak la. 

Tiba-tiba aku dengar mama menjerit dari dapur.
"Ada orang potong pokok bunga mama!!"
"What??!! Hahahaha... Sorry, tak nampak, tak pakai spec"
"Keracunan la malam ni bukak puasa makan nekbat daun pokok bunga"


Saturday, June 6, 2015

Aku Yang Keseorangan

Kadang-kadang, berada keseorangan membuatkan kita lemah.. Bersama yang bernama sahabat, kita kuat melangkah dan maju. Bersama dia kita bisa melakukan apa sahaja. Bisa menjadi yang terbaik. Bisa menjadi kuat dan terus teguh.
Tanpanya, kita bagai terleka dan terbuai. Jauh daripada-Nya. Bisikan-bisikan semakin menggoda. Futur ditengah jalan. Tapi, AKU BUKAN HIPOKRIT!!
Jeda.......

Tuhan, 
Peganglah hati hamba-Mu yang lemah ini.
Peluklah hati hamba-Mu yang longlai ini.
Penuhkanlah hati hamba-Mu yang kosong ini.
Dengan kasih dan sayang-Mu yang tak pernah tipu.

Tuhan,
Andai yang lemah ini terpaksa melangkah sendiri, kuatkan jiwa dan jasadku. Terus lurus pada jalan yang diredhai-Mu. Terus mara dengan rahmat-Mu.
Boleh bersama memegang dan berpimpin tangan dengan yang lain melangkah ke destinasi dan matlamat yang satu.

(Allah matlamat kami!!)


Sunday, May 24, 2015

10 Kali Ganda

Aduhai...sedih betul... Phone rosak, so balik Malaysia ni, aku just boleh call n massage kawan2 je.. No wasap.. Sebab nanti kena beli phone baru jugak, aku mintak kakak ketiga aku belikan di KL. Murah sedikit dari negeri aku ni. Kakak aku laju je tolong belikan..harga phone baru aku rm2900. Aku dah ambik keputusan untuk bayar sendiri je phone tu pakai duit sendiri. Tiba-tiba papa bagi rm1000 untuk phone baru tu.. Aku terkejut...

-------3 minggu sebelum balik ke Malaysia-------

Aku ternampak iklan sumbangan menaja anak2 Syria untuk program Ramadhan nanti. Setiap seorang anak syria, peruntukan yang diperlukan sebanyak 20 dinar (rm100). Aku tak nak fikir panjang. Lagipun bukan banyak sangat jumlah tersebut bagi kebanyakan students Malaysia yang rata-ratanya students tajaan. So, jumpa je sahabat aku yang menjadi ahli jawatankuasa program tu, aku terus hulurkan 20 dinar.

Balik rumah, aku terbaca hadith ini.....
Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Allah Ta'ala berfirman (kepada malaikat pencatat amal), bila hambaKu berniat melakukan perbuatan jelek, maka janganlah kalian catat sebagai amalnya (amal jelek). Jika dia telah mengerjakannya, maka catatlah sebagai satu keburukan. Dan bila hambaKu berniat melakukan perbuatan baik, lalu tidak jadi melaksanakannya, maka catatlah sebagai satu kebaikan. Jika ia mengamalkannya, maka catatlah kebaikan itu sepuluh kali lipat". 
(HR. Muslim 183)

(dah dapat phone, ini casing impian aku)

Aku teringat duit 20 dinar tadi. Tapi, bila difikirkan, ada ke manusia lain yang tiba2 nak bagi aku 10x ganda, 200 dinar (rm1000) pada aku. Aku rasa mustahil. So, aku malas nak fikir. Memang aku dah lupakan tentang ini.

Ya Allah, bila papa bagi je rm1000 memang aku dah sentap habis. Memang janji Allah itu pasti.. Tiada langsung yang mustahil. Alhamdulillah 

Sunday, May 17, 2015

Balik Malaysia!!

Alhamdulillah...
Akhirnya tamat 2nd semester 2nd year.. Esok balik Malaysia.. Sejarah baru tercatat, semua sahabat batch aku balik Malaysia.. Apa tak nya, setelah macam2 yang kami lalui, akhirnya tamat jugak.. Then, summer sem menanti.. Sob3.. Cuti lebih kurang 40 hari ini mungkin boleh dikatakan cuti paling panjang kami.
Ya Allah, balik exam tadi, letih hanya Tuhan yang tahu. Bertarung minda dengan soalan exam, bertarung perasaan ingin secepatnya sampai di Malaysia.. Bukan mudah, rata2 ketika study week pun, hati masing2 dah sampai Malaysia. Haha...Sebab aku dah pernah balik sekali tahun lepas, excited nya kurang sedikit. Tapi ada jugak sahabat2 aku yang dah balik 2-4 kali sebelum ni. Aku lebih memilih pergi travel. Makan angin, tengok tempat orang, ambik ikhtibar. Ada sorang sahabat aku ni, 1st time tau dia nak balik Malaysia, level dia punya excited tu, sampaikan tempoh study week dia dah siapkan kemas barang2. Masya-Allah. (Aku faham perasaan tu). Ada jugak yang dah awal2 lagi sediakan list makanan yang nak makan balik nanti.. Ish3
Aku ni, lepas solat isyak baru nak kelam kabut mengemas beg, nak basuh baju lagi. Almaklum lah petang tadi sibuk pergi beli barang2 nak bawak balik. Kakak2 aku dah pesan macam2, duit tak sediakan pulak.. Sabar je la

Panjang pulak bercerita... Hahaha.. Walau macam mana pun, aku harap cuti aku kali ni bermanfaat. Tak kisah la pada orang lain atau diri sendiri, yang penting masa digunakan sebaik mungkin. InsyaAllah. Aku pun malas nak fikir benda2 yang mengganggu dan menyerabutkan kepala aku sekarang. 
Dah la, esok pukul 7 pagi dah kena berkumpul nak pergi airport. Nasib la airport jauh, ticket flight pukul 12.35 tengah hari. 3 jam before dah kena check in.. Semoga Allah bermudahkan dan lancarkan perjalanan pulang kami, insyaAllah 

tak sabar nak jumpa mama and papa!!!
I do love you <3

Nota hati:
Aku masih selesa, masih di dalam zon selesa. Astaghfirullah 
- Dr Morsi, Dr Yusuf Al-Qardawi dan beberapa lagi dijatuhkan hukuman gantung 
- Ummat islam Ronhingya sedang bertarung nyawa ditengah2 laut
Mereka sudah punya jawapan di hadapan Allah, Aku???



Thursday, April 23, 2015

Aku as Muslim



Dah lama tak menconteng dinding blog ini.. Alhamdulillah..hari ini aku luangkan sedikit masa untuk menulis. Hari-hari lain, bukan tak sempat, tiada idea sebenarnya..haha.. Aku dapat idea ni lepas berbual2 dengan best friend aku di Malaysia.. 
Sedih sebenarnya bila best friend aku ceritakan tentang housemate dia ni.. Alhamdulillah, semua housemate aku menunaikan kewajipan solat ini..kadang2, diorang yang kejutkan aku untuk solat.. Alhamdulillah..

Macam2 jugak idea yang aku bagi pada best friend aku tu, tapi bila difikirkan semula, andai aku berada dalam situasi tersebut, apakah aku akan melakukan usaha yang sama.. Berusaha membimbing sahabat ke jalan yang betul. Sangat beruntung sebenarnya housemate dia tu, masih ada orang yang sudi take care tentang solat dia..

"Dia rilek je tak solat.. Macam rasa tak bersalah "
"Memang betul"

Aku jawab dengan yakin, kerana aku tahu, sebenarnya Fitrah seseorang itu, tak suka pada keburukan atau kemaksiatan. Cuba kita muhasabah sebentar. First time buat salah, semua orang rasa takut. Berpeluh satu badan. Tetapi, apabila sudah kerap dilakukan, perasaan tersebut hilang sendiri tanpa kita sedar. Bersyukurlah andai hati kita masih gelisah disaat kita melakukan maksiat. Itu tanda hati kita belum mati, masih ada bunga2 iman yang mekar dalam diri. 

Nota hati:
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasingkan itu.” (HR. Muslim no. 208)

Tuesday, March 31, 2015

Demam :(

Semalam.....
Badan panas...bukan lagi sebab aku menyandar pada heater --"
Cepat pulak demam datang.. Ye la, 1st time demam jauh dari bumi malaysia setelah demam tahun 2012 lepas spm. Batuk, selesema, sakit kepala etc... Dah lama air mata tak menitis, semalam dah menitis. Call malaysia, mama suruh makan ubat. Aku yang susah demam ni memang tak ada langsung stok ubatnya. Aduhai. Telan panadol pun tak pernah. Bukan takut makan ubat, tapi sebab prinsip aku "aku tak akan makan ubat selagi boleh bangun berdiri". Hehe...sebab prinsip aku ni la ending nye sampai kne injection masa demam 2012 dulu. Biarlah... Prinsip aku kan...



"Tidak lah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya sebagaimana pohon menggugurkan daunnya"
(HR. Bukhari-Muslim)

Ye lah. Aku banyak sangat dosa.. Bertimbung-timbung sebesar langit dan bumi. Semoga dengan sakit yang tak seberapa ni boleh mengurangkan dosa2 tersebut. Insya-Allah. Exam pun dah dekat, aku memang kena struggle elok2. Study kerana Allah.. Go..go..go..

Info:
Yang dimaksudkan ibubapa ada 3 golongan:-
1. Orang yang melahirkan kita (parents)
2. Orang yang menghilangkan kejahilan pada kita (guru2)
3. Orang yang percayakan anaknya kepada kita (mentua)


Tuesday, March 24, 2015

Hati Ini Milik Allah

"Dulu aku suka dia, tapi sekarang aku benci dia"
"Aku cintakan kau"
"Hati aku tak tentu arah"
"Aku geram dengan dia"
"Jealous betul pada dia"
"Hati aku tak rasa apa2 bila buat maksiat"

“Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati. Jika kamu tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru”. [IMAM AL-GHAZALI]

Hati ini ada penjaganya, andai inginkannya mintalah daripada Penjaganya, yakni ALLAH. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan manusia yang bermacam-macam. Mana mungkin aku dapat membaca hati kau. 

Hati..kalau diterjemah secara direct dalam english, liver.. Tapi buah hati disebut sweetheart. Padahal heart tu jantung. Kalau bahasa arab pula, hati disebut كبد. Jantung pula قلب. Tapi kalau sebut 'Qalbun Salim', diterjemah sebagai 'hati yang sejahtera. Kenapa bukan jantung yang sejahtera..haha...aku pun pening..

Pembahagian Hati:

1. Hati yang sihat dan selamat: hati yang selamat untuk dibawa bertemu Allah, insyaAllah.

2. Hati yang mati: hati yang tidak Mengenal Penciptanya. Cinta akan dunia dan mengikut nafsu.

3. Hati yang sakit: hati yang hidup tetapi berpenyakit. Melakukan ibadah, tetapi tetap cintakan dunia.


Racun Hati: 

-kata-kata yang tidak berguna

-banyak makan

-pandangan mata

-pergaulan bebas


Nota Hati:

Semoga Allah menjaga hati2 kita untuk terus mendekatkan diri kepada-Nya. InsyaAllah.

Semoga Allah tautkan hati2 kita untuk terus berukhuwah kerana-Nya. InsyaAllah.

Semoga Allah tetapkan hati2 kita dijalan yang benar, yakni dijalan-Nya. InsyaAllah.



Saturday, March 21, 2015

Hanya Dia Yang Tahu

"Sesungguhnya hanya disisi ALLAH ilmu tentang hari kiamat, dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui, Maha Mengenal"
{Luqman: 34}


Cuaca tak menentu. Winter sepatutnya dah berakhir. Sepanjang 2 minggu lepas, dah sedikit panas. Ala-Alia nak masuk spring. Tiba-tiba, hari ni bukan main sejuk lagi. Hujan pulak tu. Dah la aku terlupa nak pakai sweater keluar tadi, nasib baik hujan berhenti ketika aku nak pulang ke rumah.. Alhamdulillah...

Tahun lepas asyik ke hadap buku Before We Are Born. Belajar la daripada mak nak mengandung, sampai la dah habis berpantang. Dah rasa macam nak rebus dan telan buku tu. Hahaha.. Banyak sangat yang perlu dibaca dan diingat.. Sob3.. Satu benda yang sangat menarik attention aku semasa belajar subject ni ialah jantung (heart) dah start mengepam darah walaupun brain belum develop. Subhanallah. Hanya Allah yang tahu.

Selalu je plan nak study, tiba-tiba tidur lagi lepas subuh then bangun lambat.. Aduhai.. Bila mengadu kat housemate, dia salahkan aku plak "sape suruh tidur pkul 2,3 pagi nye". Hehe.. Memang aku ni burung hantu. Malam berjaga, siang entah ke mana..

Point terakhir, aku tak tahu nak cakap apa. Mungkin hidup aku akan berakhir di bumi yang aku berada sekarang atau bumi lahir aku (Malaysia), atau bumi yang aku berangan nak pergi travel lagi..


Nota hati:
Persiapkan diri bila-bila masa, dimana-mana sahaja.
Semoga pengakhiran kita adalah Husnul Khatimah.
Insya-Allah

Saturday, March 7, 2015

Allah Tempat Bergantung

Sesekali aku melepaskan lelah..
Penat..bukan penat pada tubuh badan, tetapi pada fikiran. Merenung sejenak. Banyak perkara berlaku dalam masa 2 minggu ini. Ditambah lagi exam yg memaksa aku menghabiskan 50-60 lecture notes. Alhamdulillah, berakhir juga hari ini. 2 papers yang terpaksa aku harungi. 1st paper betul2 membuatkan aku terseksa, terseksa melihat result yang keluar sebaik sahaja selesai menjawab soalan. Insya-Allah, ada hikmah disebaliknya. Bersangka baik dengan Allah. Hikmahnya, aku betul2 meletakkan kebergantungan aku pada Sang Pencipta untuk 2nd paper. Terasa Allah begitu hampir. Cukup dekat hingga terasa Allah sedang memegang hati ini yang hampir futur bagi meneruskan perjuangan seterusnya.. Subhanallah.. Seusai exam pertama, balik rumah dengan muka yang lesu, Alhamdulillah lagi kerana kakak2 senior aku, betul2 memberikan semangat.. kata mereka 
"Don't lose hope. You never know what tomorrow will bring"
Air mata menitis lagi. Aku betul2 mesti kuat. Mesej papa dan mama betul menaikkan semangat. Aku tahu, doa mereka sentiasa ada untuk aku.

Beberapa hari sebelum exam, spec mata aku hilang. Ya Allah, terasa kecewa seketika (sehingga hari ini sebenarnya). Hilang ketika aku solat semasa salah satu program bersama-sama students melayu lain. Aku benar-benar sayangkan spec itu. Apatah lagi spec tu aku beli guna duit sendiri. Astaghfirullah. Bersangka baiklah dengan Allah. Segala yang kita ada, bukan semua milik kitadan kekal. Suatu hari, pasti akan diambil semula oleh Sang Maha Pencipta. Hatta family, barang2, dan nyawa sendiri.
*berangan nak buat spec warna biru pulak lepas ni..hehe

Aku, Si BudakBiru yang akan terus kuatkan hati dan semangat.

Minggu lepas jugak, sesuatu berlaku pada diri aku. Mungkin terlalu peribadi. Betul2 menguji kematangan aku lagi. Membuat keputusan sebaik mungkin. Tidak mengecewakan mana-mana pihak.  Semoga waktu yang diberikan cukup untuk aku berfikir dan membuat keputusan yang bijak. Sesekali terasa diri belum matang. Allah ada, letakkan tawakkal hanya pada Allah. Allah datangkan ujian disaat kita mampu mengharunginya, pada waktu yang tepat. Insya-Allah.



Keluar sahaja dewan exam. Bunga2 kembang menyambut kami..hehe.. before exam, tak sempat menikmatinya. Alhamdulillah, nikmat Allah itu besar

nota hati:
Allah SWT listens and already knows,
what is in your heart,
but He wants you to ask Him 
for what you want.


Monday, February 23, 2015

Pesanan Sheikh Ahmad Yassin


Post ini sebenarnya ditujukan kepada diri sendiri.. Pilu, apabila membaca pesanan ini walaupun hakikatnya dah berpuluh kali aku baca. Tapi, bila difikirkan semula, apakah aku terkesan dengan semua pesanan ini,, aku tetap ditakuk lama, masih alpa dengan dunia. Masih terumbang ambing dengan dunia ciptaan sendiri. 

Ayuh diri ini dan ummat Islam khususnya remaja, kita mesti bangkit.. Bangun daripada tidur lena dan mimpi indah ini!!

Saturday, February 21, 2015

Yalla Syabab!!

Rukun Pemuda itu ada 4:
1. Iman
2. Amal
3. Ikhlas 
4. Hamasah (kuat)
Jiwa syabab (pemuda) itu memberontak, jiwa ingin tahu, ingin mencuba..Semakin ditegah, semakin berani..

Nota hati: 
~Allahuakbar!!~
Hebatnya syabab yang sanggup menghayungkan langkah bagi meredah sajlu digelap pagi untuk menyahut seruan Pencipta

Tuesday, January 27, 2015

United Kingdom

Alhamdulillah...selesai exam hari ini.. selepas tangguh beberapa kali.. cuba bayangkan aku pergi travel 15-24hb, 25hb terus exam..27hb pun ada satu lagi paper..aku dah rasa macam separuh mati..keluar hall, terus rasa macam diawan-awangan..sob3...tak pe lah, aku dah usaha yang termampu..tengah travel pun aku lawan malas untuk study..waaa, kurang mood travel.. kali ini, aku travel ber2 je..berbeza dengan tahun lepas..memang survive habis ah kitaorang,,hakhak,, best jugak..banyak pengalaman baru aku dapat.. 1hb dah start sem baru..haru biru jugak cuti sem aku kali ni.. tak nak ah citer panjang2, malas nak menaip plus aku memang tak reti nak mengarang.. 
*sepanjang di UK aku pergi London, Nottingham, Manchester, Liverpool, glencoe, Wales, Cardiff 

Etihad stadium 


nota hati:
Sejauh mana pun kita travel, sehebat mana pun plan kita untuk travel...masa travel, kita tak boleh lari daripada masalah..memang masalah akan tetap berlaku..di situ, Allah sedang menguji kita.. toughkan hati, toughkan iman..insya-Allah, Allah bersama-sama kita
~Bertebaranlah kamu atas muka bumi ni..maka kamu akan mendapati betapa besar nikmat dan kekuasaan ILLAHI RABBI~

Turkey

Actually, ni citer tahun lepas lagi..haha...summer.. best la..1st time aku g travel..haha..dengan kengkawan yang macam2 perangai..maklum la 13 orang..malas ah nk citer..kalau rajin, lain kali aku edit balik post ni n kasi esei yang panjang..2 hari 2 malam belum tentu habis

 masjid biru~

pamukkale~

banyak lagi tempat aku pergi, tapi banyak gambar yang ada muka aku yang terlebih 'cantik' ni, so..tak nak ah upload..hakhak

Saturday, January 10, 2015

Sejukk..tarik hirom!!!

"What?? Exam postpone lagi??... ahhh.." Dah 2x kot exam postpone..last2 postpone ke sem depan.. nak berholiday pun tak tenang..Ramai sahabat yang dah plan untuk balik Malaysia, pergi travel, terpaksa buat decision sukar.. Antara tukar ticket, teruskan plan asal, ambik make up exam, biarkan ticket burn etc..

"Bersabarlah duhai hati, sesungguhnya perancangan Allah itu cantik sekali.."

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak."
 (al-Baqarah: 216)

Tenangkan diri dan renungkan..
kadang2 Allah memberi tanpa kita sempat menandah tangan..
sedangkan ramai orang2 diluar sana yang kurang berkemampuan mati kesejukan,,sedangkan aku disini punya hirom (selimut winter), punya sobah (heater), punya tempat perlindungan, punya segalanya yang hampir lengkap..
tetapi aku masih lagi malas, bersenang lenang..merungut apabila sesuatu yang dirancang tak menjadi.. entah lah..



Sepatutnya, winter membuatkan kita semakin dekat pada Allah.. berpeluang memperbanyakkan amalan seperti berpuasa dan qiammullail kerana siang pendek, malam yang panjang..
"pahitnya perjuangan kerana manisnya syurga"

Info:
Ribut salji kali pertama berlaku di negara2 middle east ini dikenali sebagai "عاصفة هدئ" atau 'ribut salji huda' kerana berlaku dalam bulan yang mulia, iaitu bulan kelahiran Rasulullah SAW..

-tarik nafas, tarik buku, ambil pen....STUDY...doakan plan cuti aku berjalan lancar..Insya-Allah..Rabbi Yassir


Saturday, January 3, 2015

Anak Patung dan ‘Teddy Bear’

Post kali ini, aku copy paste dari satu blog.. Selepas aku baca blog2 yang lain..
Mungkin sebab ini parents aku daripada kecik tak pernah belikan kami patung or teddy bear.. Pernah belikan transformers macam kereta, lori, bas --> robot

Para ulama berbeza pandangan mengenai perkara ini. Ini kerana, merujuk sejarah, pada zaman Nabi Sulaiman a.s. dibenarkan kegiatan membuat dan memiliki patung, tetapi pada zaman nabi-nabi lain aitu sebelum dan selepas beliau, patung adalah diharamkan termasuk pada zaman Nabi Nuh a.s. dan pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Manakala pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. pula diharamkan patung untuk disembah dan dipuja, tetapi diharuskan patung mainan untuk anak-anak.
Para ulama terkenal masakini yang berbeza pandangan mengenai patung ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Syeikh Atia Saqr dan Dr. Mohammad Amarah.
Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam “Fatawa Muasirah” berkata Islam mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu. Menurut beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan bahawa isteri
baginda yang masih kecil, Aisyah cenderung dan suka bermain patung.
Syeikh Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai pendapat yang sama dengan al-Qaradawi. Beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung mainan anak-anak dan
berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau bahan-bahan lembut spt plastesin dll).
Syeikh Atia Saqr dalam fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat rosak dan patung separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki orang Islam,
tetapi hukumnya adalah makruh. (Kepala merupakan anggota penting bagi tubuh. Manakala kaki tidak penting, kerana manusia masih mampu hidup tanpanya).
Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. (untuk mencacatkannya). Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan gedung-gedung pakaian.
Dr. Amarah dalam fatwanya berkata, hukum syarak tentang hak pemilikan patung adalah merujuk kepada al-Quran. Pertama, patung dianggap termasuk daripada nikmat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman. Patung pada zaman Nabi Sulaiman tidak disembah dan tidak dianggap berbahaya terhadap akidah tauhid.
Allah berfirman: Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba’34: 12-13)
Kedua, patung yang dianggap berhala yang disembah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan zaman nabi-nabi lain. Pada zaman-zaman ini patung dimusnahkan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu kata Dr. Amarah, hukum mengenai patung adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Apakah ia merupakan hiasan yang termasuk daripada nikmat Allah ataupun ia merupakan sembahan seperti berhala?
Menurut Dr. Amarah, seorang ulama dari Mazhab Maliki, Imam Ahmad Idris al-Qarafi, merupakan seorang yang pandai mengukir patung untuk kegunaan raja. Beliau mencipta patung yang menggunakan teknik pembakaran lilin bertujuan untuk mengejutkan raja ketika azan subuh.
Secara dasarnya, ulama bersepakat bahawa patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.
Kalau macam daripada patung itu tidak dimaksudkan untuk diagung-agungkan dan tidak berlebih-lebihan serta tidak ada suatu unsur larangan di atas, maka dalam hal ini Islam tidak akan bersempit dada dan tidak menganggap hal tersebut suatu dosa. Misalnya permainan anak-anak berupa pengantin-pengantinan, kucing-kucingan, dan binatang-binatang lainnya. Patung-patung ini semua hanya sekedar pelukisan untuk permainan dan menghibur anak-anak.
Oleh karena itu kata Aisyah:
“Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (boneka perempuan) di sisi Rasulullah s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut karena takut kepada Rasulullah s.a.w., tetapi Rasulullah s.a.w. malah senang dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan dalam salah satu riwayat diterangkan:
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari bertanya kepada Aisyah: Apa ini? Jawab Aisyah: Ini anak-anak perempuanku (boneka perempuanku); kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? Jawab Aisyah: Kuda. Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? Jawab Aisyah: Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aisyah: Belumkah engkau mendengar, bahwa Sulaiman bin Daud a.s. mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya.” (Riwayat Abu Daud)

*tapi, aku pernah beli 3x before ni...hadiahkan pada orang...rasa bersalah masih terasa..sepatutnya aku bagi benda yang lebih bermanfaat:(

Ya Rasulullah


Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "siapakah yg paling luar biasa imannya?"
Para sahabat menjawab, "malaikat,ya Rasulullah."
Balas Rasulullah, "sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."
Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, "para nabi, ya Rasulullah."
Rasulullah berkata, "para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."
Para sahabat mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang paling beriman."
Jawab Rasulullah, "aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."
Lalu, salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui."
Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."
Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "sesungguhnya, aku rindukan mereka...

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

SALAM MAULIDUR RASUL 1437H